10 April, 2011

Dunia Palsu


Benarlah kata-kata pesanan bahawa dunia ini penuh kepalsuan. Hidup penuh kepura-puraan. Zahirnya nampak bahagia namun hakikatnya di sebalik tabir penuh kedukaan. Menyembunyikan kebenaran menjunjung kepalsuan.

Berpegang kepada kepalsuan hidup seperti apa yang disebut dalam sebuah buku motivasi Indonesia berjudul "Formatio Damai" karya Maharsono Probho, SJ. (2004) antara lain menyebut "...menerima kenyataan diri apa adanya merupakan langkah yang penting. Ketidakmampuan untuk menerima kenyataan diri akan mengalihkan kita kepada penumpukan pemakaian kepalsuan-kepalsuan. Orang suka menyebut dan menyamakan kepalsuan dengan topeng. Hidup dalam kepalsuan bererti hidup dalam ketidakjujuran pada diri sendiri dan orang lain, hidup dalam penipuan yang akumulatif."

Maka, telur ayam itu palsu. Kita pun ditipu secara berterusan. Disebabkan mahu mengejar keuntungan perniagaan telur pun mahu dicipta manusia. Hakikatnya, sumber makanan negara kita perlu dikurangkan bekalan import dari negara luar. Perlu segera kita menjadi negara pengeluar makanan untuk keperluan domestik.

Anugerah Dato' Diraja juga palsu. Tersadur bersamanya unsur-unsur rasuah dan mengumpul kekayaan secara menipu. Kita terus-terusan hidup tertipu. Pangkat dunia memang berkilau. Tetapi ketulenannya perlu diperlihara. Ianya terkait dengan institusi diraja yang perlu diwaspadai adat dan protokolnya.

Klip video hitam putih disahkan tulen! Tidak palsu. Namun pelaku-pelaku di dalamnya yang dijadikan topik perbahasan dari sudut format videolah, janggut segeralah, perut boroilah, jam tanganlah, mesej twitterlah, pengakuan 'saya berada dalam video itu', penafian 'saya bukan lelaki itu', - masih belum dibuktikan tulen atau palsu. Elok hentikan segera tektik politik selak kain, politik fitnah dan politik seks!

Malah, lebih membimbangkan, tetapi sudah pastinya Miss Malaysia Pahang 2010 adalah palsu! Auwww.. palsu ke tulen? tulen bang.. tulen..

4 maklum balas:

akuanakpahang said...

Salam, dunia hari ini penuh dengan sandiwara dan tipu daya serta muslihatnya, pasti semua perkara ini mengundang kecelakaan buat kita semua jika tidak dibendung dengan sewajarnya.
New Entry "Ratu Cantik Nyah Miss Malaysia Pahang 2010."

smtabi'in said...

salam tuan,

kepalsuan hari ini bukanya perkara yang baru. cerita kepalsuan ini berterusan dari dulu hingga ntah tak tahu sampai bila. cuma kebelakangan ini kepalsuan itu semakin ketara memayungi hampir semua aspek kehidupan harian kita. moga kita celik menghadapi sebarang bentuk kepalsuan ini.

Jejaka Desa said...

Banyok amat dah mende pasu sekarang ni....

Suara Kalbu said...

Banyaknya yang palsu-palsu sekarang ini. Nampaknya manusia sudah semakin berajakan nafsu

Post a Comment

Powered by Blogger.