06 April, 2011

Gendang Sudah Dipalu, Sarawak Diserah Kepada Rakyat


Hari ini ialah hari Penamaan Calon untuk Pilihanraya Negeri Sarawak ke 10. Tarikh membuang undi pula ialah pada 16 April nanti. Tempoh berkempen selama 10 hari telah diperuntukkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Dewan Undangan Negeri Sarawak mempunyai 71 kerusi yang dipertandingkan. Pada penggal lalu yang baru dibubarkan, BN menguasai 63 kerusi manakala PR memenangi 7 kerusi. 1 kerusi lagi dimiliki oleh Parti Cina Malaysia.

Analisis umum mengatakan BN akan bertanding dalam keadaan selesa. Ini kerana Sarawak adalah negeri 'fixed deposit' bagi BN. Politik Pembangunan masih sangat relevan di sana dan ianya mampu dilakukan oleh BN kerana kekuatan dananya. Apatah lagi dengan kekukuhan dan kerjasama di kalangan parti-parti komponen BN Sarawak yang tidak menunjukkan sebarang masalah besar.

Bagi pihak PR pula, arus tsunami politik 2008 mahu digerakkan untuk menghentam bumi kenyalang. Momentum 3 tahun selepas PRU12 dirasakan masih ketara dan Sarawak adalah sasaran seterusnya. Kemenangan PR melalui parti DAP di Sibu dalam PRK lalu menguatkan lagi semangat mereka. Apatah lagi dengan kelibat Ketua Menteri yang masih mahu bertanding mengekalkan kerusinya akan dijadikan modal berkempen supaya pengundi Sarawak menolak BN pada pilihanraya kali ini.

Kita serahkan 10 hari seterusnya kepada orang-orang politik untuk menguruskannya. Sebagai rakyat biasa yang sentiasa memerhatikan gelagat pemain-pemain politik di negara ini sudah tentu akan membentuk sikap sepanjang 10 hari ini. Sudah tentulah harapannya nanti supaya proses demokrasi itu berjalan dengan lancar tanpa sebarang penyelewengan atau kacau bilau.

Perlu diingat, pilihanraya Sarawak kali ini akan membentuk mood baru bagi menghadapi pilihanraya umum yang khabarnya 'just around the corner'.

3 maklum balas:

zulkbo said...

salam..
gendang sudah di palu
ada bermacam isu..
moga rakyat Sarawak bijak
memilih pemimpin

donny said...

pilihlah pemimpin yang berjiwa rakyat..

Hisyam Muhibah said...

en. zulkbo - semoga rakyat sarawak bijak memilih pemimpin mereka.

donny - setuju

Post a Comment

Powered by Blogger.