12 April, 2011

Ikan Patin RM13,000; Pentingnya Tanda Harga


Sejak petang semalam dan sampai ke pagi ini, berita harga hidangan masakan kampung ikan patin di sebuah restoran di Temerloh sebanyak RM13,000 menjadi topik bualan. Salah seorang pelanggan telah membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung. Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada 50 orang itu, dikenakan bayaran RM260.

Ikan Patin Masak Gulai Tempoyak, di kawasan Pahang Barat disebut juga Gulai Masam memang sangat terkenal di negeri Pahang. Terutamanya di daerah Temerloh sehingga bandar itu sendiri diberikan jolokan Bandar Ikan Patin. Isi ikan patin yang lembut sangat serasi dengan rasa masam tempoyak yang ditumbuk dengan kunyit dan lada. Aroma daun kesum menambahkan lagi kelazatannya.

Selain ikan patin, masakan gulai tempoyak juga 'kena' dengan daging hidup dan keladi. Jarang pulak ayam menjadi isi gulai tempoyak ini. Selain ikan patin pula, ikan-ikan lain juga sering menjadi isinya. Ikan kembung boleh, ikan tilapia pun ada, dan lain-lain jenis ikan.

Namun, sangat penting untuk diketahui bahawa harganya sangat mahal (pada pandangan saya) selepas dimasak (harga ikan hidup sangatlah murah pulak). Apatah lagi dengan perbezaan jenis juga menentukan perbezaan harganya. Maka samada pelanggan perlu bertanya dahulu berapakah harga jenis ikan patin yang dipilih atau berputih mata apabila bil diberikan semasa hendak membayar.

Peniaga juga hendaklah dipastikan supaya meletakkan tanda harga. Ini bagi memudahkan pelanggan yang mungkin 'first timer' atau yang membawa bajet yang rendah. Kita tidak mahu bersangka buruk kepada peniaga - mahukan keuntungan jualan tanpa meletakkan tanda harga supaya pelanggan akan 'tersalah pilih' dengan memilih patin buah yang memang mahal harganya.

Ramai juga yang mempertikaikan berkenaan harga ini. Kenapa di tempat yang menternak ikan patin paling banyak itu, harga masakannya adalah sangat mahal. Sepatutnya, harganya jauh lebih murah berbanding jika ikan patin dibawa ke tempat lain di luar Pahang. Ini lah juga persoalan yang saya masih belum ada jawapannya.

Kita masih ingat beberapa tahun dahulu apabila kecoh di Terengganu harga nasi dagang yeng mencecah RM45 sebungkus! Makcik yang berniaga itu kemudiannya dikenakan hukuman oleh KPDN kerana kesalahan tidak mempamerkan tanda harga.

Saya juga jarang-jarang makan ikan patin gulai masam ni di kedai. Kalau mengidam, saya akan memilih patin sangkar sahaja, harganya sesuailah dengan bajet saya walaupun masih mahal rasanya.

Apa yang penting, harapan orang Pahang ialah supaya nama baik ikan patin gulai tempoyak ini tidak terjejas dengan permainan harga peniaga-peniaga di Temerloh.




11 maklum balas:

rara pinkmafia said...

betol tu.saya sokong.peniaga patot bgtau dulu.

Hisyam Muhibah said...

rara - kalau pelanggan tengok tanda harga, tentu mereka fikir banyak kali sebelum beli

smtabi'in said...

ya... setuju sekali. bagi orang luar pahang yang hendak merasai keenakan dan keistimewaan ikan patin ini biar lebih rasa "selamat".. hehehhee

akuanakpahang said...

Paling penting kita sebagai pengguna perlu bertanya brapa harga sepotong ikan berkenaan. Jangan main pakat order dan ambil aje..

Kesimpulan caj yang di kenakan oleh restoran itu keterlauluan :(

ozzy said...

Assalam..

Setuju..peniaga patut letakkan tanda harga & jika tiada tanda harga pengguna patut tanya dulu jgn malu-malu bimbang terkena.

Sham said...

ha ha ha saya ada baca ni semalam...kes gila+naya...!

Yastro said...

hmm kes ni salah lapor je puncanya...ni la jadinya bila wartawan tak berhati2 mengeluarkan berita...tang tanda harga tu peniaga patutnya dh paham...x perlula nak ulas/bg ingatan berulang2...

KimiCnoL said...

aish,mahalnya..boleh beli sebiji motor..hehe

JOM BACE ENTRY BARU =)

1.cuti-cuti semester kini kembali


2.Satu sentuh percuma Satu tupperware

Hisyam Muhibah said...

Tabiin - orang luar, silalah tanya dulu harganya. jangan terus ceduk masuk pinggan..

En. Yassin - mungkin ikan patin di kedai itu deme tangkap guna kail kat sungai pahang. bukan yang sangkar.

En. Ozzy - kalau ada peniaga tak letak harga, silalah lapor kepada kpdnkk. itu tugas kita sebagai pengguna.

Cikgu Sham - kita orang Bentong dengan raub tak makan sangat ikan sungai..

En. Yastro - kita anggap isu selesai, tutup buku.

En. Kimi - orang yang takde motor akan cakap macam tu. tapi kalau orang yang jenis kaki makan, takde hal nak bayar banyak tu..

adib syazwan said...

popalih...melampau yg amat yak!

Hisyam Muhibah said...

adib syazwan - kita anggap kes dah selesai. semoga ianya jadi pengajaran keapda semua pihak

Post a Comment

Powered by Blogger.