05 April, 2011

Lynas; Dialog Jalan Terbaik, Ketepi Manfaat Politik


Kekeliruan sudah mula timbul. Samada projek pemprosesan nadir bumi (rare earth) ini adalah selamat atau sebaliknya. Bagaimana kesan limpahannya kepada kawasan persekitaran serta orang ramai yang berada berdekatan. Penjelasan yang terbaik adalah diharapkan, sudah pasti penjelasan yang seimbang dan tidak cenderung kepada pihak-pihak yang berkepentingan.


Gerakan rakyat melalui usaha kefahaman dan kesedaran nampaknya diketuai oleh Ahli Parlimen Kuantan. Program dialog dan mengumpulkan tandatangan bantahan telah digerakkan. Malah usaha beliau sehinggakan untuk mendapat sokongan Ahli-Ahli Parlimen Green Party di Australia. Terbaru surat terbuka kepada MB Pahang telah diutuskan. 


Di pihak rakyat juga sudah menggerakkan protes dan menyebarkan kesedaran. Seramai 100 orang berdemo di pintu masuk Parlimen untuk menyuarakan suara bantahan mereka. Manakala di perkarangan Masjid Balok selepas solat Jumaat seramai 200 orang membuat demonstrasi membantah projek pembinaan kilang Lynas tersebut.


Di pihak parti komponen BN Pahang pula khususnya MCA juga sudah bersuara. MCA Bahagian Kuantan, Paya Besar dan Indera Mahkota menuntut supaya disemak semula projek tersebut di samping mahukan pendedahan mengenai kelulusan projek berkenaan. Walaubagaimanapun, MCA Pahang pula mempertahankan projek tersebut dan percaya loji memproses nadir bumi (rare earth) yang akan dibina oleh Lynas Corporation Ltd di Gebeng, dekat Kuantan tidak akan menjejaskan kesihatan penduduk sekitarnya.

YAB Menteri Besar Pahang pula kemudiaannya memberikan kenyataan dan jaminan bahawa kilang proses bahan kimia milik Lynas itu selamat dan tidak akan memberi kesan buruk kepada penduduk sekitar. Apa yang berlaku adalah isu itu sengaja dijadikan isu politik oleh pihak tertentu yang didalangi pihak parti pembangkang.

Sebelum pada itu lagi Persatuan Pengguna Pahang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat khuatir dengan keputusan kerajaan negeri Pahang untuk meneruskan dengan cadangan kilang nadir bumi di Gebeng di sebalik hakikat bahawa kilang ini hanya menanti bencana untuk berlaku. Mereka menuntut supaya projek itu dihentikan. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pula mahukan sesi dialog yang lebih berkesan untuk menjelaskan isu ini kepada rakyat. ABIM juga menawarkan peranan sebagai orang tengah di antara kerajaan negeri dengan rakyat.

Maka, eloklah mengambil jalan yang lebih harmoni. Berdialog untuk menjelaskan kedudukan sebenar projek ini. Kerajaan negeri Pahang sudah mengarahkan PKNP untuk mengadakan sesi taklimat kepada NGO-NGO dan rakyat. Siri-siri taklimat umum Projek Lynas ini akan disampaikan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan Jabatan Nuklear dan Alam Sekitar Malaysia. Jadual penuh taklimat boleh dilihat di sini.

Apa yang penting, isu ini bukan untuk dijadikan bahan meraih sokongan politik. Baik di pihak pembangkang mahupun di pihak parti pemerintah sendiri. Biarlah ianya menjadi perjuangan yang memberikan manafaat kepada rakyat secara tulen. Selain itu, keselamatan dan kesan jangka panjang kesan projek ini haruslah diyakinkan bahawa kalau tidak minima ianya adalah sifar!

6 maklum balas:

ozzy said...

Assalam..

Saya setuju dgn statement ini " Apa yang penting, isu ini bukan untuk dijadikan bahan meraih sokongan politik. Baik di pihak pembangkang mahupun di pihak parti pemerintah sendiri. Biarlah ianya menjadi perjuangan yang memberikan manafaat kepada rakyat secara tulen. Selain itu, keselamatan dan kesan jangka panjang kesan projek ini haruslah diyakinkan bahawa kalau tidak minima ianya adalah sifar!"..

Mencegah labih baik dari mengubati..sekiranya ingin diteruskan berikan fakta2 yg kukuh & meyakinkan kenapa ia mesti atau patut diteruskan.Jika tidak lebih baik dihentikan.

Hisyam Muhibah said...

En.Ozzy - para itu lah pun ayat saya sendiri.. haha.. yang lain2 tu cuma sorotan kronologi isu lynas yang tengah panas di kuantan ni.. tq atas ulasan

Yastro said...

Mohon share nanti...rasa bersalah lak sbb tak tau pun yg loji ini akan dibuat diPahang...

Dan tak sangka yg ianya diluluskan/dipersetujui oleh MB Pahang sendiri....

nuriz said...

selamatkan bumi dan alam kita

suri said...

saya pecinta bumi huu..
suara rakyat harus d utamakan.

Hisyam Muhibah said...

nuriz - insyaAllah bumi akan selamat

suri - itulah harapannya

Post a Comment

Powered by Blogger.