20 April, 2011

My 2nd Little Caliph Is Sent To The World


Hanya kalimah pujian kepada Allah dan lafaz syukur yang mampu diucapkan atas keizinanNya jua maka saya dan keluarga dikurniakan cahaya mata yang kedua pada hari ini. Berkat doa sahabat-sahabat semua kedua-dua isteri dan anak yang baru dilahirkan berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada MO, HO, Jururawat Terlatih, Jururawat Pelatih Kebidanan yang membantu saya dan isteri semasa di dalam bilik bersalin pada petang tadi. Kecekapan mereka mengendalikan kes-kes kelahiran bukti komitmen tinggi mereka yang sentiasa ikhlas dalam pekerjaan. Hanya Allah SWT yang akan memberikan ganjaran pahala dan kebaikan atas amanah yang telah mereka lunaskan itu.

Tanggungjawab saya sebagai abi semakin bertambah. Membentuk seorang lagi Khalifah Muda yang diutuskan ke muka bumi ini. InsyaAllah, amanah ini akan dilaksanakan sedaya upaya, mudah-mudahan ALlah akan sentiasa memberikan petunjuk dan hidayahNya.

My 2nd Little Caliph is a Baby Girl, She weights 3.795 kg. Yet to choose a name.

12 maklum balas:

smtabi'in said...

Tahniah, moga dengan kehadiran litle Caliph ini akan menambahkan lagi kebahagiaan rumah tangga dan membesar menjadi princess solehah harapan ibu bapa...

zulkbo said...

salam..
tahniah dari saya..
ermmm..rezeki dan tanggungjawab
dari Allah dah tiba lagi..
:)

Yastro said...

tahniah sahabat...semoga sihat sejahtera hendaknya. Yg pertama tu laki ke pompuan?

Nasib Komando Malaysia

cik dila said...

tahniah...

pacifist said...

salam sahabat.maaf lama x kunjung ke sini.tahniah atas kelahiran itu.marhaban ya nurul aini.semoga sahabat sekeluarga sentiasa diredhai Allah hendaknya

meeboo said...

Alhamdulillah seorang lagi umat Islam di lahirkan ke dunia.

Jejaka Desa said...

Alhamdulillah.Tahnioh...

humbleyat said...

Syukur semuanya selmat.Tahniah!Semoga ia menjadi anak yang soleh:-)

SeRiKaNDi_uMaR93 said...

amanah buatmu :)

milik islam semata.. semoga menjadi pejuang Islam kelak..amin ^__^

Hisyam Muhibah said...

Tabiin - terima kasih. semoga kehadirannya membawa bahagia

En.Zulkbo - terima kasih. tanggungjawab semakin besar.

En. Yastro - terima kasih. yang pertama lelaki. Alhamdulillah sepasang.

Cik Dila - terima kasih.

Pacifist - Amin. terima kasih.

Mebo - terima kasih.

En. Jejaka Desa - terima kasih.

Humbleyat - terima kasih. Amin.

Serikandi Umar - insyaAllah. Amin

Suara Kalbu said...

Tahniah. Semoga beliau akan jadi anak yang soleh dan menjadi kebanggaan agama/keluarga/negara.

Semoga terus diberi keberkatan, kebahagiaan, rezeki dan kesihatan berterusan jua dengan kehadiran ahli keluarga baru ni

Hisyam Muhibah said...

SK - terima kasih

Post a Comment

Powered by Blogger.