18 April, 2011

Perangi Obesiti Kanak-Kanak


Menteri Pelajaran sudah menyebut mengenai obesiti pelajar-pelajar sekolah yang membimbangkan. Ini diikuti dengan kenyataan Menteri Kesihatan bahawa indeks jisim badan (BMI) setiap pelajar akan direkodkan di dalam kad laporan prestasi oleh guru untuk perhatian ibu bapa. Sebelum ini, BMI tidak dicatatkan dalam kad laporan pelajar menyebabkan sesetengah ibu bapa tidak mengawal pemakanan anak-anak kerana tidak tahu sama ada berat badan mereka ideal, terlebih atau obes.

Secara amnya, menurut Wikipedia, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.

Manakala dalam buku berjudul Siri Asas Sains Biologi: Makanan, Darah dan Tulang yang diterjemahkan oleh ITNM, pengarangnya Denise Walker (2010) menjelaskan punca obesiti berlaku kerana orang makan makanan yang mengandungi lebih tenaga berbanding yang mereka gunakan. Ini ditambah lagi dengan gaya hidup moden sebagai penyumbang utama obesiti di kalangan kanak-kanak.

Kanak-kanak dulu keluar bermain di luar rumah berbanding sekarang yang hanya lebih gemar bermain permainan video atau menonton televisyen di dalam rumah sahaja. Banyak menggunakan sistem pengangkutan juga menyebabkan pergerakan fizikal kanak-kanak menjadi terhad. Ini menyebabkan jumlah tenaga yang dibakar adalah sedikit.

Selain itu, jumlah restoran makanan segera yang banyak juga menyumbang obesiti di kalangan kanak-kanak. Makanan sebegini mengandungi kadar lemak tepu yang tinggi. Selain itu, pengarang buku ini juga menyatakan faktor genetik juga menjadi penyebab kepada obesiti di kalangan kanak-kanak. Mereka mewarisi genetik yang tidak seimbang ini selain budaya permakanan di dalam keluarga sendiri yang tidak menjurus kepada permakanan yang menyihatkan.

Maka bagi diri kita sendiri dalam nukleus keluarga kita yang kecil, kita berperanan untuk memerangi obesiti di kalangan anak-anak kita sendiri. Perlulah kita menambahkan pengetahuan mengenai kesihatan dan permakanan supaya obesiti dapat diperangi daripada membarah dalam keluarga kita sendiri.


5 maklum balas:

Sari Yusa Ibrahim said...

salam, anak sy tu kuat makan juga kalau dtg slera payah betul, merajuk kalu tak kasi makan... urmmm...

zulkbo said...

salam..
molek amat kempen nih..
harapan bukan yang budak
je..yang berumur pun sama
lah..

Miecyber said...

Bapa borek, anak rintikk hehehehehe

Ikan Patin Temerloh

Miecyber said...

Boleh kita bertukar bloglist ?

Ikan Patin Temerloh

Hisyam Muhibah said...

Sari - cuba kurangkan kuantiti makanan secara sedikit demi sedikit dan senyap2 dan anak tu tak sedar..

En. Zulkbo - ya betul, yg berumur juga perlu sebab nak kuatkuasakan ialah orag berumur, tapi kalau budak2 tengok org berumur pun tak jaga makan, diorang akan kata "bikin tak serupa cakap"

Miecyber - contoh tauladan sangat penting dalam pendidikan dan memupuk kesedaran

Miecyber - marilah bertukar bloglist

Post a Comment

Powered by Blogger.