25 April, 2011

Poco Poco; Antara Percanggahan Fatwa, Tarian dan Senaman, Apa yang Haram?


Isu tarian Poco Poco bolehlah dianggap selesai. Selepas Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak mewartakannya sebagai Haram (ramai yang faham Mufti Perak yang haramkan, sedangkan keputusan dibuat oleh sebuah Jawatankuasa), Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pula mengambil keputusan sebaliknya. Maka, selepas ini tarian Poco Poco boleh diamalkan di negara kita kecuali negeri Perak.

Percanggahan fatwa ini bukan perkara baru. Sebelum ini fatwa mengenai ESQ juga ada percanggahan. Wilayah Persekutuan mengharamkankan ESQ tetapi Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan membuat keputusan sebaliknya. Huraian lanjut bolehlah dibaca di dalam blog Dato' Dr. Ismail Ibrahim. Huraiannya cukup baik. Apa yang menjadi isu juga ialah percanggahan berdasarkan negeri-negeri kerana bidang kuasa agama adalah milik setiap negeri. Sedikit sebanyak ianya akan memberikan gambaran tidak elok kerana tidak berlaku keseragaman dalam pentadbiran agama negeri-negeri di Malaysia.

Maka, pemakaian fatwa Perak ini juga perlu difahami. Adakah terpakai di dalam negeri Perak yang merangkumi semua anak-anak Perak atau orang negeri lain yang datang ke Perak? Adakah anak-anak negeri Perak boleh menari Poco Poco di luar negeri Perak? Mungkin anda yang lebih alim boleh ulas dan jelaskan.

Seperkara lagi, adakah Poco Poco ini semata-mata sejenis tarian atau boleh dikategorikan sebagai cara senaman? Jika dilihat pergerakan yang dibuat semasa menari Poco-Poco, pergerakannya adalah terhad pada bahagian kaki ke pinggang sahaja. Selain pergerakannya adalah sama ke depan, kiri, belakang dan kanan. Sebab itulah pada saya ia bukanlah sejenis senaman. Ianya terhad hanya sejenis tarian.

Jadi, sesiapa yang mahu menari sedangkan dirinya tidak pandai menari seperti dalam TV atau pentas persembahan, maka Poco Poco bolehlah dijadikan escapism untuk menari :-P Selain dapat merasa juga menari, peluh pun dapat dikeluarkan dan badan pun sihat.

Berbanding senaman jenis lain seperti senamrobik, ianya lebih sesuai jika benar-benar hendak bersenam mengeluarkan peluh dan menyihatkan badan. Pergerakannya lebih menyeluruh, regangan badan lebih baik. Peluh juga sudah tentu lebih banyak keluar. Pergerakkannya mengikut piawaian senaman yang betul. Dan lebih penting (bagi sesetengah orang) muzik juga tetap ada dimainkan.

Jadi, jika Poco Poco dibenarkan untuk diamalkan, apakah yang Haram pada tarian Poco Poco? Maka, sudah tentulah tidak Haram untuk menarikannya, tetapi yang Haram ialah menari Poco Poco sambil membuka aurat, berpakaian yang tidak syarie, pergaulan bebas lelaki perempuan, mengaitkan dengan mistik, tahyul, kurafat, pemujaan, ritual, kebatinan yang boleh menjejaskan akidah.




5 maklum balas:

APAN said...

baru kat mesia da x sependapat...
kalo combine semua ilmuan islam dunia pe lak la jadi nanti...
papepun masing2 mesti ade hujah masing2 kan...
huhu...

Yua said...

ye la. betul tu. kalau tgok dlm tv, bukan main kaum2 perempuan berpoco2 buka aurat bagai..

berpoco2 dalam rumah sudah.. xperlu nak pamer2 kat orang2 lain.

Yastro said...

uniknya malaysia....huhuhu
kalau mazhab len2 tu kira okeh la jugak...last2 yg pening rakyat sendiri...

ozzy said...

Assalam..

Pasti ada sebab kenapa perkara tersebut diharamkan cuma mungkin pendapat mereka berbeza berdasarkan perspektif & penilaian dikalangan tokoh-tokoh agama.

Hisyam Muhibah said...

APAN - kepelbagaian itu mematangkan

Yua - poco2 ke, bukan poco2 ke, aurat adalah mandatori. tq.

Yastro - betul tu, perbahasan golongan pakar jika dibawa kepada orang awam, memang memeningkan.

En. Ozzy - betul, setuju.

Post a Comment

Powered by Blogger.