17 April, 2011

Sunat Digembirakan Serta Diberi Tahniah Ketika Kelahiran Anak

Kitab Tarbiyatul Aulad fil Islam atau Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam karya Syeikh Abdullah Nasih Ulwan sememangnya wajib dijadikan buku teks kepada ibu bapa. Ibu bapa yang ada kesedaran untuk menjadi pendidik kepada anak-anak mereka. Terlalu banyak panduan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dinyatakan dalam kitab ini.

Dalam perbahasan berkaitan dengan anak yang baru dilahirkan, syeikh menyatakan bahawa hukumnya sunat bagi seseorang Muslim menggembirakan saudara Muslimya yang baru menerima kelahiran anak. Caranya dengan mengucapkan tahniah serta menimbulkan perasaan sukacita di dalam hatinya. Hal ini juga tentu akan menguatkan hubungan silaturrahim, mengukuhkan ikatan kasih sayang dan kemesraan di antara keluarga-keluarga Muslim. Elok juga dipanjatkan doa kepada Allah SWT supaya anak saudara Muslimnya yang baru lahir itu sentiasa dipelihara Allah SWT daripada segala yang tidak baik.

Al-Quran juga ada pedomannya;


"Dan isterinya pada ketika itu berdiri (mendengar), lalu ia ketawa (kerana hilang perasaan takutnya). Maka Kami pun memberikan berita yang mengembirakan kepadanya (melalui malaikat itu), bahawa ia akan mendapat seorang anak: Ishak, dan sesudah Ishak, (ia pula akan mendapat seorang cucu): Yaakub." (Hud : 71)


"(Nabi Zakaria diseru setelah dikabulkan doanya):"Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar yang mengembirakanmu dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya, yang kami tidak pernah jadikan sebelum itu, seorangpun yang senama dengannya"." (Maryam : 7)

Begitu jugalah Sirah ar-Rasul tatkala Baginda dilahirkan ke dunia, Tsuwaibah telah menggembirakan tuannya iaitu Abu Lahab. Kerana kegembiraannya, Abu Lahab kemudiannya memerdekakan Tsuwaibah. Allah SWT tidak mensia-siakan perkara ini kerana Allah SWT akan memberi Abu Lahab minum sesudah dia mati dari celah-celah ibu jari dan jari telunjuk Nabi Muhammad SAW. Malah sesudah dia mati, dia tidak pernah direhatkan daripada seksa melainkan pada hari Isnin iaitu hari dia bergembira dengan kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Begitulah juga kehidupan kita pada masa kini. Seringkali kita mendapat khabar kelahiran anak-anak saudara mara atau sahabat handai. Maka eloklah disegerakan memberi ucapan tahniah bagi menggembirakan hati saudara seagama itu. Mudah-mudahan ikatan Islamiyah akan terus diperkukuh serta hubungan silaturrahim akan menjamin terbentuknya masyarakat Islam yang salin mengambil peduli di antara satu sama lain.


6 maklum balas:

LIPISLADY said...

Assalamualaikum En Hisyam,

Apabila selesai melahirkan, disamping ucapan tahniah, jika ada kawan2 yang sudi menziarah kita di hospital lagi gembira kita rasakan.

Sham said...

berita gumbira memang patut diwar-war dan disebar-sebarkan...

Hisyam Muhibah said...

Kak LL - betul tu, kawan2 yg ziarah akan mempercepatkan lagi proses pemulihan selepas bersalin

Cikgu Sham - memang pun, gunakan lah teknologi, blog, laman sosial untuk menghebahkan benda2 baik dan gembira

aLiAh said...

nice... amalan sunat ketika menyambut kelahiran bayi dlm islam...

ptt disebarkn... hehehe ^_^

*baru je follow anda..
*be my followers 2..
http://aliahzamri.blogspot.com

mohammad said...

Salam ziarah,perbanyakkan amalan sunat kerana dapat menampung kebocoran amalan wajih...

Hisyam Muhibah said...

Aliah - patut disebarkan dan diamalkan. TQ

mohammad - ya, itu juga tujuannya entri ni, mengajak semua menambahkan pahala sunat. TQ

Post a Comment

Powered by Blogger.