15 April, 2011

[Tazkirah Jumaat] Mengurus Masa

Sebagai menghormati hari Jumaat yang mulia, eloklah kita sama-sama mengingati di antara satu sama lain mengenai hal ehwal agama Islam. Mudah-mudahan ada manafaat untuk menjadikan hidup kita lebih sempurna. Tinggal tepi dulu isu-isu semasa yang makin menggila. Bimbang-bimbang dikurniakan dosa percuma.

Prof. Dr. Zaini Ujang dalam bukunya berjudul Menghayati Budaya Ilmu (kupasan pertama telah dibuat di sini) mengingatkan tentang kepentingan mengurus masa dengan baik. Tidak kiralah samada kita adalah mahasiswa atau pekerja, pengurusan masa perlu kemas. Sehinggakan beliau mengatakan orang yang 'masih hidup' adalah orang yang masih mempunyai 'masa' untuk melakukan pelbagai perkara dan amalan di dunia ini.

Dalam masyarakat Melayu, masa diumpamakan seperti emas kerana ianya dianggap sangat berharga. Bagi orang Arab pula masa dikaitkan dengan mata pedang - kalau kita membuang masa, pedang akan memenggal leher kita. Malah bagi orang Islam, surah al-Asr sering dibaca sebagai penutup majlis untuk mengingatkan tentang kepentingan masa dan cara terbaik untuk mengisi masa.

Kegagalan mengurus masa akan menyebabkan kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi. Kepada individu, kesannya ialah urusan kerja menjadi tidak efisyen, menjadi reaktif dan kurang efektif. Individu akan membentuk tabiat suka bertangguh dan menjalankan sesuatu tugas dalam tempoh masa yang lama. Kesan kepada keluarga pula ialah akan mengalami kemurungan dan kegawatan. Kehidupan bekeluarga tidak dapat dikecapi sebagaimana yang menjadi idaman setiap pasangan selepas perkahwinan. Urusan pembangunan keluarga juga akan terencat kerana dakwaaan tidak cukupnya masa untuk memikirkan hal ehwal keluarga sendiri.

Kepada organisasi pula, kesan kegagalan menguruskan masa akan terlihat pada imej, citra dan prestasi organisasi. Budaya negatif akan terus membarah dalam organisasi apabila masa dibazirkan dengan kerja-kerja yang tidak bermanfaat. Lebih parah kesannya kepada negara apabila produktiviti sesebuah negara akan terjejas. Pengeluaran negara akan terganggu menyebabkan hasil pendapatan negara juga merosot.

Dalam Islam, persoalan masa sangat kritikal dalam kehidupan duniawi sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW bahawa "setiap hamba pada hari kiamat tidak akan mengorak langkah menuju ke mana-mana, selagi dia belum selesai disoal mengenai empat perkara, iaitu : tentang umurnya, dimanakah dihabiskan sewaktu di dunia dahulu? Tentang usia remaja, bagaimanakah dia menghadapi ujian ketika itu. Tentang harta, daripada manakah dia perolehi dan bagaimanakah dia membelanjakannya? Tentang ilmu, apakah dia telah beramal dengan ilmunya itu."

Dr. Hisham al-Talib (1991) dalam buku pentingnya Training Guide for Islamic Workers terbitan IIIT Washinton menyebutkan agar kita ;

  1. Gunakan masa untuk berfikir, sesungguhnya ia sumber kekuatan
  2. Gunakan masa untuk bermain, sesungguhnya ia menyegarkan
  3. Gunakan masa untuk membaca, sesungguhnya ia asas hikmah
  4. Gunakan masa untuk berdoa, sesungguhnya ia merupakan kuasa terkuat di dunia
  5. Gunakan masa untuk sayang menyayangi, sesungguhnya iman itu adalah kecintaan
  6. Gunakan masa untuk bersahabat, sesungguhnya itu jalan menuju kebahagiaan penenang yang baik
  7. Gunakan masa untuk bersedekah, sesungguhnya masa hidup terlalu singkat untuk mementingkan diri sendiri sahaja
  8. Gunakan masa untuk bekerja, sesungguhnya ia syarat untuk kejayaan, dan jangan membazirkan masa.

8 maklum balas:

ozzy said...

Assalam..

Masa juga serig mencumburui kita dan masa juga tidak akan terhenti..

akuanakpahang said...

Kata orang, mereka yang bijak adalah mereka yang bijak menguruskan masa kawan sokmo tak cukup masa :(

suri said...

bila tiada kerja blog sslu dilayan..bila dah tepu rest seketika..

Yastro said...

baru ada masa nk jengah sini...asik bz jerr...mlm anak lak demam...hehehe...dugaannn.

#Terasa semakin singkatnye hidup ni, rasanya masa yg ada tu x pernah cukup.....

Miecyber said...

Hargai masa sementara masih bernyawa...

Kera serang bayi

Hisyam Muhibah said...

En. Ozzy - itulah sifat masa, terus berjalan tanpa menghiraukan kita yang leka

En. Yassin AAP - kata orang juga, makin banyak kerja kita, makin efisyen kita menggunakan masa

Pn. Suri - sentiasa isi masa dengan perkara berfaedah

En. Yastro - cukup atau tak cukup, sehari 24 jam itu jugaklah jumlahnya

Miecyber - masa sangat berharga

Karaakun said...

Anak adam selalu salahkan masa,sedangkan masa tidak bersalah dan masa itu dicipta oleh Allah S.W.T

Hisyam Muhibah said...

Setuju dengan tuan. TQ

Post a Comment

Powered by Blogger.