11 April, 2011

Telur Palsu; Bukan Isu Kandungan Protein Semata-Mata


Utusan hari ini melaporkan telur tiruan yang menjadi kegemparan minggu lalu telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan bahawa kandungannya yang diperoleh di Pasar Pulau Tikus, Pulau Pinang baru-baru ini menyamai telur tulen. Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, persamaan seratus peratus kandungan protein telur ayam tersebut disahkan selepas bahan makanan itu menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA), kelmarin.

Namun, pandangan saya isu telur tiruan ini bukanlah semata-mata kandungan protein di dalamnya. Ianya lebih daripada itu. Walaupun kenyataan Menteri ini memberikan sedikit kelegaan, kita harus menunggu ujian DNA peringkat kedua yang perlu dijalankan kepada telur tiruan tersebut.

Diharap agar kenyataan sebegini bukanlah mempunyai niat terselindung. Apa yang cuba dilindunginya? Sudah tentulah perniagaan untuk membekalkan telur-telur ayam tiruan ini kepada peruncit. Sudah tentu ada mata rantai perniagaan yang mungkin melibatkan import dari negara besar China. Diharap juga kementerian tidak menerima tekanan oleh mana-mana pihak sehingga kenyataan awal dikeluarkan dan mengesahkan kandungan protein adalah sama dengan teluar tulen.

Kita juga harus mempunyai kesedaran yang tinggi tentang sumber makanan yang diambil. Kepekaan masyarakat terhadap produk makanan halal sudah semakin meningkat. Dalam isu halal dan haram, sudah tentulah kita juga menjadi skeptikal dengan tahap halal dan haram bahan-bahan kimia yang digunakan untuk mencipta telur palsu tersebut. Maka, penyelidikan daripada aspek ini juga perlu dilakukan terutama oleh pihak berkuasa agama supaya ianya terjamin daripada sumber yang halal.

Selain itu, perkara prinsip yang perlu juga diambil kira ialah kerakusan manusia yang mahu mengambil alih tugas Tuhan. Tuhan tugasnya untuk mencipta makhluk. Telur ayam adalah makhluk. Maka, adakah manusia mahu menjadi Tuhan? Eloklah dikenang-kenangkan bahawa tugas Tuhan itu biarlah dilakukan olehNya semata-mata. Bimbang juga kalau manusia hendak buat kerja Tuhan, akibatnya adalah kemusnahan muka bumi ini juga.



6 maklum balas:

LIPISLADY said...

Sallam En Hisyam,

Bab protin tu kita tak kisah sangat,
yang pentingnya apakah protin tu selamat untuk tubuh manusia, dengan segala bahan kimia berbahaya yang digunakan, ye, halal haram juga perlu diambil kira.

akuanakpahang said...

Pikiran org kampung : kalau telur tu kita tak buat diimport seumpamanya haramkan sahaja tak menyusahkan byk pihak dan menteri pun tak pening2 nak mikir dan bercakap :(

ozzy said...

Assalam..

Saya setuju dgn pendapat AAP..haramkan saja import telur ayam cuma masalahnya mcm mana pulak org disini yg ikut sama proses buat telur tiruan?..dah bermacam penipuan berlaku & x mustahil mrk boleh buat cuma mngkin modified sikit supaya 'tiruan' itu x ketara.

Hisyam Muhibah said...

Kak LL - betul tu, kita perlu ragui kanduungan bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan telur tiruan itu.

En Yassin AAP - setuju sangat. katanya bekalan telur ayam keluaran dalam negeri adalah mencukupi. Maka, eloklah tidak dibenarkan telur import dari negara luar.

En. Ozzy - itu lah kita sentiasa memerlukan orang ramai @ pengguna yang peka dan sedar tentang isu2 pengguna.

Yastro said...

Dalam radio pagi tadi , ada pihak mengatakan bahawa mmg terdapat telor tiruan tersebut....harap2 ianya tidak berleluasa sehingga kita sbg pengguna ni menjadi mangsa.

Tp saya tetap memberi sedikit ruang kpd pihak berkenaan utk terus menyiasat akan kesahihan dakwaan tersebut.Jadi saya rasa kita kene tunggu tindakkan selajutnya ....

Hisyam Muhibah said...

Yastro - itu lah, kita tunggu penjelasan balas daripada CAP. dan tunggu juga kenyataan yang betul2 dari KKM mengatakan semua telur di Malaysia tiada yang tiruan

Post a Comment

Powered by Blogger.