03 May, 2011

Dunia Selepas Osama


Melihat kepada gambar yang disiarkan Utusan ini, pelbagai andaian boleh dibuat. Ini antara gambar Osama Laden yang mati dibunuh tentera Amerika dalam satu serangan di bandar Abbottabat, kira-kira 100 kilometer di utara Islamabad. Daripada hidung ke bawah termasuk telinga kirinya adalah hampir sama pada kedua-dua gambar tersebut. Kita hanya mampu mengungkapkan WaLlahu a'lam dan mensedekahkan bacaan Al-Fatihah untuk beliau.

Berita Osama terbunuh ini telah menenggelamkan berita yang sedikit menggembirakan umat Islam iaitu persetujuan damai di antara Hamas dan Fatah di Palestin. Pemimpin politik Hamas dalam buangan menyatakan bahawa pergerakan itu pada prinsipnya bersetuju dengan cadangan perdamaian dengan Fatah melalui perjanjian yang akan membolehkan pilihan raya Presiden dan Parlimen yang baru diadakan.

Sudah tentu berita gembira ini tidak akan menyenangkan Israel dan sekutu kuatnya Amerika Syarikat. Maka, dengan beralihnya tumpuan dunia kepada berita kematian Osama Laden ini, kita tidak dapat memastikan apakah yang akan berlaku di Semenanjung Gaza mahupun Tebing Barat dalam masa sehari dua ini. Spekulasi yang mudah ialah serangan ke atas rakyat Gaza oleh tentera Israel, tindakan subversif untuk menggagalkan persetujuan damai dan lain-lain lagi. Semua itu tidak akan mendapat laporan media kerana dikaburi oleh berita kematian Osama.

Apa akan berlaku kepada dunia selepas individu bernama Osama Laden sudah terbunuh? Penganalisis yang mengambil sudut positif sudah tentu meramalkan dunia akan menjadi lebih aman. Tiada lagi kegiatan keganasan yang membunuh manusia di atas muka bumi. Tetapi, persoalan samada keganasan dunia hanyalah ditaja oleh Osama dan Al-Qaeda perlu ditimbulkan secara menyeluruh. Banyak lagi kegiatan keganasan lain yang berlaku di dunia ini.

Sudut analisis yang lebih berhati-hati meramalkan kegiatan Al-Qaeda tidak akan lumpuh walaupun Osama sudah tidak memimpinnya lagi. Jika tidak, mengapa amaran keselamatan dikeluarkan kepada lokasi-lokasi strategik yang mungkin menjadi risiko sasaran serangan balas. Di samping rangkaian Al-Qaeda yang boleh berperanan untuk meneruskan misi mereka di seluruh dunia.

Maka, marilah kita terus berdoa memohon bantuan daripada ALlah SWT. Semoga ALlah SWT akan terus memelihara negara kita, keluarga kita daripada segala bala bencana yang akan menimpa pada masa hadapan.

12 maklum balas:

akuanakpahang said...

Osama yang lainnya akan terus hidup... itu pasal byk negara lain terus berawasi dgn soal keselamtan negara masing-masing.

relevan said...

Akan muncul lagi banya Osama Laden selepas ini..

humbleyat said...

pagi tadi dapat tau, gambar ini telah ditarik balik..

sila refer link ini...

http://www.facebook.com/media/set/fbx/?set=a.2003796577620.118159.1324791404#!/photo.php?fbid=2003796777625&set=a.2003796577620.118159.1324791404&type=1&theater

humbleyat said...

ada juga link lain..:-)
untuk perkongsian..

http://www.guardian.co.uk/world/2011/may/02/osama-bin-laden-photo-fake

Hisyam Muhibah said...

AAP - harapannya, imej Islam akan kembali pulih.

Relevan - kita nantikan

Humbleyat - betul tu, gambar ni superimpose..

.::: mr IQ :::. said...

gambar ni mmg menipu, huhu, lawak betul lah...

LIPISLADY said...

Sallam,

Tak ada bezanga gambar Osama
sewaktu hidup dan setelah kena
tembak, ye kita cuma mampu mengungkapkan WalLahualam.

zulkbo said...

salam..
kadang-kala terfikir wujud ke
Osama ni atau watak yang di cipta ubtuk kepentingan AS sahaja..contoh masa nak serang Iraq..kini populariti Obama menurun maka di katakan pula Obama di bunuh..?

APAN said...

lom pasti osama lagi tu kan?
dengar kate nak buang kat laut...
pelik2 je...
ye ke x la tu...
halus tol permainan mereka...
huhu...

Yastro said...

satu lagi dakyah dr amerika...

smtabi'in said...

Semua yang bernama makhluk akan menemui mati tak kira la dia tu Osama mahupun Obama. Dlm hal ini, sekiranya individu yang dijaja bernama Osama itu memang wujud dan sudah mati, sebagai umat yang seagama denganya saya mengharapkan kebaikan padanya diakhirat nanti..
Namun kiranya watak Osama itu hanya sekadar watak lakonan saja,Wallahu Alam..

Hisyam Muhibah said...

mr IQ - ya, gambar itu palsu

Kak LL - gambar itu palsu

En. Zulkbo - kepentingan politik Obama yang akan bersaing untuk penggal kedua kerusi presiden

Apan - propaganda murahan

En. Yastro - setuju

Tabiin - yang penting, pastikan imej Islam pulih di mata global

Post a Comment

Powered by Blogger.