27 May, 2011

Edisi Hari Belia 2011 : Perkasakan 4 Rukun Gerakan Belia


Bermula hari ini Putrajaya akan bertukar menjadi 'Bandar Belia'. Tahun 2011 adalah tahun kedua sambutan Hari Belia Negara akan diadakan di sini. Seterusnya pada masa-masa hadapan, Putrajaya akan terus menjadi 'trademark' kepada aktiviti belia di negara ini. Pada tahun 2011 ini, sambutan telah dijenamakan semula menjadi "Himpunan Sejuta Belia 2011" supaya ianya nampak lebih terbuka dan menyeluruh. Tidak semata-mata acara untuk belia-belia yang menjadi anggota mana-mana pertubuhan belia sahaja.

Maka, tak kiralah samada belia tersebut menjadi ahli pertubuhan ataupun tidak, mereka perlu sentiasa menyedari bahawa kegiatan belia mestilah disandarkan kepada "rukun"nya yang tersendiri;

  1. Idealisme : belia mestilah sentiasa menuju kepada kesempurnaan dengan menjana idea-idea baru supaya agenda dan gerak kerja mereka mencapai matlamat yang telah ditetapkan
  2. Intelektualisme : belia juga mestilah mempunyai asas ilmu yang kukuh dalam semua hal supaya belia tidak mudah melatah dan mengalah, pertimbangan ilmu menentukan gerak kerja yang konkrit
  3. Aktivisme : gerak kerja belia perlu jelas dan ketara, tidak boleh hanya sekadar di dalam bilik-bilik konvensyen, seminar atau masyarakat sahaja. Belia perlu bergerak bersama-sama masyarakat untuk menabur bakti
  4. Spiritualisme : terutama kepada belia-belia Islam, unsur kerohanian juga perlu diberikan keutamaan supaya pedoman agama menjadi rujukan utama dalam setiap gerak kerja.


4 maklum balas:

Miecyber said...

Belia Benci Fitnah.....


Jus Katak

shark said...

sy bangga jadi belia malaysia..

Jejaka Desa said...

Padan la banyok bas ngambik orang...

Hisyam Muhibah said...

Miecyber - setuju, belia benci fitnah!

Shark - Tahniah belia Malaysia!

Jejaka Desa - pesta tu wehh

Post a Comment

Powered by Blogger.