25 May, 2011

Harga RON95 Kekal



Apabila harga RON95 dikekalkan hari ini, selepas jemaah menteri tidak membuat sebarang keputusan mengenai merasionalisasikan subsidinya, ianya memberikan kelegaan kepada seluruh rakyat Malaysia. Ini kerana, selepas rentetan 'pesta' naik harga bermula RON97, harga gula, harga susu tepung dalam tempoh 2 bulan ini, jangkaan awalnya RON95 juga akan menurut jejak langkah itu. Naik harga, atau dirasionalkan subsidinya, bermakna kos hidup juga meningkat lagi.

Dengan jumlah pendapatan yang masih kekal sama, semua pengguna akan terus rasa terhimpit dengan asakan harga barang keperluan yang sentiasa berpotensi untuk naik. Maka, sudah tentu kita semua berharap agar harga RON95 sedia ada akan dikekalkan dalam jangka masa yang lebih panjang. Namun, tiada jaminan tempoh yang ditetapkan oleh jemaah menteri pagi tadi. Dalam masa yang sama, semua pengguna juga perlu bersiap sedia dengan jumlah pendapatan yang kekal sama bagi menghadapi situasi kos sara hidup akan sudah pasti akan meningkat naik.

5 maklum balas:

Kuman Chaos said...

berapa lama kekal... itu la persoalannya :)
kuman "SMM 2011 photos" Entry

APAN said...

wartawan tanya menteri tu tadi utk tempoh berapa lama harga ni dikekalkan...
menteri tu jawab dorang x bincangkan tempoh tu...
haha...

x lme dah la tu...

Jejaka Desa said...

Tak lame lagi naik la ter...

zulkbo said...

salam..
khabarnya hanya sementara dan
kerajaan tak akan berjanji jika
satu hari akan di naikkan dengan
kadar yang agak tinggi..ermmm..kita tunggu lah...

ozzy said...

Assalam...

Kenaikan harga minyak mmg tidak dpt dielakkan bergantung pada harga pasaran dunia.
Segalanya bergantung pada kebijaksanaan pihak kerajaan utk mencari formula supaya barangan lain dapat dikawal

Post a Comment

Powered by Blogger.