06 May, 2011

Moratorium Kursus Perubatan Menjadi Peluang Bidang Lain Kembali Mendapat Permintaan

Kemaskini Isnin 9/5/2011 12.40pm.
Memang menimbulkan kekeliruan selepas membaca kenyataan Menteri Pengajian Tinggi mengenai pembekuan kursus perubatan ini. Tetapi dalam laporan Utusan hari ini, Menteri telah menjelaskan dengan lebih mendalam bahawa bukan bermakna tidak mengambil langsung pelajar baharu dalam bidang perubatan, tetapi penubuhan fakulti atau sekolah baharu sahaja yang dibekukan. Ini bermakna, adik-adik lepasan SPM dan Matrikulasi tahun ini boleh bercita-cita dan memohon untuk memasuki bidang perubatan.
-------------------------------------------------------------
Entri asal seperti berikut :


Semalam Menteri Pengajian Tinggi mengeluarkan kenyataan untuk melaksanakan moratorium atau pembekuan kepada penawaran kursus perubatan di semua IPT. Pembekuan selama 5 tahun ini berkuatkuasa 1 Mei 2011 sehingga 30 April 2016. Bermakna, tiada pengambilan pelajar baharu dalam bidang perubatan di semua 33 IPT (11 IPTA dan 22 IPTS).

Samada ianya merujuk kepada kursus untuk melahirkan doktor-doktor baharu sahaja atau ianya menyeluruh kepada semua bidang perubatan, sudah tentu ada kesannya. Maka, saya ramalkan, selepas kursus kedoktoran, kursus jururawat, MA, fisio, farmasi, teknologi perubatan, dan lain-lain juga akan dibekukan. Justifikasi-justifkasinya sudah dinyatakan menteri berkenaan. Maka, adik-adik lepasan SPM dan Matrikulasi untuk tahun ini, nampaknya berputih mata saja lah..

Lumrah dunia ini ada naik dan ada turunnya. Ini termasuklah bidang-bidang pengajian yang ditawarkan di IPT negara kita. Selepas hampir 10 tahun bidang perubatan menjadi rebutan pelajar-pelajar lepasan sekolah, kini tidak lagi. Maka, pelajar-pelajar lepasan sekolah mesti beralih kepada bidang-bidang lain untuk mereka meneruskan pengajian.

Inilah masa yang terbaik untuk penyedia perkhidmatan pengajian tinggi yang menawarkan kursus selain perubatan untuk kembali mendapat tempat. Bidang-bidang seperti Teknologi Maklumat, Pengurusan dan Perniagaan sudah mengalami zaman malapnya selama lebih 5 tahun kebelakangan ini. Namun, dengan pembekuan bidang popular perubatan ini bermakna cahaya sudah kembali menerangi.

Apa yang penting, bidang-bidang ini perlu sentiasa bersiap sedia untuk menawarkan program pengajian yang berkualiti tinggi. Kandungan sukatannya adalah yang terkini selari dengan kehendak pasaran. Kualiti graduannya adalah seimbang di antara kemahiran teknologinya dengan kemahiran insannya. Kemudahan-kemudahan sokongan juga perlu dipertingkatkan.

Maka, saya ramalkan 5 tahun ke hadapan, bidang Teknologi Maklumat akan kembali menjadi pilihan pelajar-pelajar lepasan SPM. 


12 maklum balas:

LIPISLADY said...

Sallam,

* Tidak kah nanti kita akan kekurangan doktor, jururawat,ahli farmasi, MA, Fisio dan lain2 yang berkaitan perubatan terlatih lepasan universiti tempatan berbanding dengan kepadatan pertambahan penduduk termasuk warga asing.

* Nampak gayanya adik2 yang masih bercita-cita nak jadi doktor tu terpaksalah mempersiapkan diri untuk belajar keluar negara.

* Atau kalau masih nak bidang perubatan, belajar aja perubatan alternatif yang dah ternyata berkesan dalam dunia perubatan hari ini.Wallahualam.

Hisyam Muhibah said...

Kak LL - KPTM dan KKM sudah tentu ada unjuran mereka dalam menentukan jumlah doktor dan pegawai sokongan lain. Jumlah doktor sedia ada, campur yang sedang belajar dalam tempoh 5 tahun ke depan dibandingkan dengan jumlah hospital dan klinik seluruh negara. Kalau mengikut kenyataan menteri KPTM itu, sudah cukup bilangannya. Kita ada 33 IPTA/S dalam negara yang mengeluarkan graduan perubatan. Yang belajar luar negara pun sekian ramai jumlahnya. Yang pasti adik2 lepasan SPM dan Matrikulasi untuk tahun ni memang masuk angin keluar asap lah... perubatan alternatif juga perlu diberikan ruang untuk berada di arus perdana.

Jejaka Desa said...

Banyok peluang la lepas ni dalam bidang perubatan...

Hisyam Muhibah said...

JD - apa banyok nye, 5 tahun peluang ditutup.. kena cari bidang lain pulak

8989 said...

salam...

harap2 keputusan yg diambil da difikir secara masak2.. bkn perkara maen2, nk bekukan pengambilan pelajar aliran perubatan... utk 5 taun plak tu.. kesian kt adik2 yg mmg bercita2 nk jdik doktor...
klo dilihat dri mata kasar, mmg da berlaku perlambakan pelajar perubatan..even klo kt wad pon, doktor pelatih da ramai.. plus, student medic praktikal, mmg sesak wad ngn jubah putih jek... lom kira student oversea lg..

Hisyam Muhibah said...

8989 - sebenarnya timbul kekeliruan. dan menteri dah jelaskan semula dalam laporan Utusan hari ini. Baca sini. rupanya bukan membekukan pengambilan pelajar, tetapi membekukan fakulti baharu. jadi adik2 kita boleh terus memohon untuk memasuki bidang perubatan..

Miecyber said...

Bidang susah tu..

Burung Walit

8989 said...

owh.. bru faham ^^ .. xde mslh la kt adik2 yg mmg nk jdik doctor.. wat adik2, pikir la msk2 b4 amik course ni.. stkt result gempak time SPM ke matriks ke x mnjamin anda akn berjaya utk 5 taun yg mndatang.. kne btol2 kuat, 5 taun nk kne ngadap bku,bkn kejap...huhu..
lgpun,cukup2 lah medical school kt mesia ni.. 33 buah da kot...

Yastro said...

Adik koi dulu penah masuk kat MAHSA..tp sbb x minat dan memang x leh bawak...tuka ke bidang lain plak..
Tp koi tgk mmg agak sukar juga kat bidang ni...besor cabaran tuu...

cemomoi said...

bila g spital manjang q lama, doktor tak cukup tapi kerajaan kata stok dr ramai pulak

suri said...

barulah saya paham mengapa ia di bekukan bukan kerna tanpa sebab yg kukuh..

era dah moden kit aharus asah minat anak2 ke arah itu...
mau atau tidak kenalah ikut kemodenan ini..harap2 lasni buiarlah kerjaya doktor yang perniagaan, it akan seiring barulah kita dpt menjana eknomo dgn baik :)

Hisyam Muhibah said...

Miecyber - kalau minat, semua benda susah jadi senang.

8989 - yep, boleh mohon ke IPT sedia ada yang menawarkan kursus perubatan. tapi dah tentu persaingan. Biologi SPM mesti kena A+

En. Yastro - setakat saya berkawan dengan pelajar2 Medic, memang susah belajar Medic ni.

Cemomoi - yang belajar ramai, yang keluar jadi doktor swasta pun ramai. so, bilangan jadi seimbang semula

Suri - negara makin moden, kesihatan makin patutnya makin baik jugak.

Post a Comment

Powered by Blogger.