31 May, 2011

Sejuta Belia, KPI Menteri dan Pengisian Program


Himpunan Sejuta Belia 2011 di Putrajaya telah berlalu. Jika mengikut laporan-laporan media, program tersebut dianggap berjaya. Perdana Menteri sendiri telah menyatakan bahawa KPI Menteri Belia dan Sukan sudah tercapai iaitu untuk mengumpulkan sejuta orang belia di Putrajaya selama 3 hari. Sudah tentu perancangan selama setahun KBS yang bekerjasama dengan pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan belia telah menjadikan acara ini satu realiti yang berjaya.

Maka, tidak pelik kalau PM telah menetapkan pada tahun 2012 nanti, program seumpama ini dinaikkan lagi sasaran kehadirannya menjadi 2 juta orang belia! Ditambah pula menjadi 5 hari tempoh masa penganjurannya. Maka, pihak penganjur perlu bekerja sekali ganda bermula sekarang.

Namun, wajarlah juga disemak secara keseluruhan apabila diadakan post mortem untuk himpunan pada tahun ini. Daripada 200 acara yang diadakan, berapakah yang benar-benar berjaya mencapai objektifnya? Adakah peserta-peserta yang menghadirinya benar-benar mendapat manafaat daripada setiap acara yang diadakan? Adakah program seumpama ini perlu diteruskan pada tahun depan, diubah pengisiannya atau dimansuhkan untuk tahun 2012?

Ternyata untuk himpunan yang baru berlalu, program-program hiburan tetap menjadi tumpuan utama. Apatah lagi dengan kehadiran artis KPOP yang membuat persembahan secara percuma. Ditambah lagi dengan acara-acara rekreasi, X-Tream, riadah, sukan dan jualan. Sudah tentu akan menimbulkan tanda tanya, adakah sejuta belia yang hadir ini benar-benar mahu merasakan diri mereka adalah sebahagian daripada belia-belia negara yang mempunyai peranan besar dalam membangungkan negara? Atau hadir semata-mata mahu berpesta dan berhibur di konsert percuma?

Dalam masa yang sama kita perlu memuji usaha KBS mengadakan program-program yang lebih serius seperti Konvensyen Belia Negara, Tadarrus dan Khatam Al-Quran serta pameran bermaklumat daripada agensi kerajaan dan swasta.

Untuk tahun 2012, saya cadangkan tidak perlu lagi KPOP, kurangkan persembahan pentas hiburan. Elok juga di pentas utama diadakan Forum Perdana atau Al-Kuliyyah khusus untuk belia.



3 maklum balas:

Nafisa81 said...

ntah apa relevannya bawak masuk KPOP tu ke Malaysia..kata perhimpunan belia malaysia...bagilah pada belia malaysia perform...grup nasyid, caklempong,teater kat IPT, belia2 daerah bersepah...yayasan warisan negeri pun ade....lagipun benda2 perhimpunan ni..kalau tak dikawal...pada akhirnya mendatangkan keburukan jugak...pergi berhimpunan ramai2..balik nnt ade yang berdua duaan pulakk...9 bulan akan datang bertiga tigaan pulakk..

APAN said...

kawan setuju...sejuta yg pergi baru ni lom tentu dpt pape kat perhimpunan tu.jngan buat sekadar cukup2 mkn je.nak naikkan nama.kononnya belia skang dah ok2.dah berpikiran matang ngan program2 mcm tu.tpi bila belia pegi, menteri sendiri yg jamu ngan program2 x berfaedah...hbis gitu je duit.hanya kerana KPI mereka.haha...

chii said...

time chii dtg tempoh hari..ada 2 band sedang wat persembahan..

hurm...x nafikan..byk hiburan berbanding pengisian yg bermanfaat

Post a Comment

Powered by Blogger.