10 May, 2011

Wajarkah Kandungan Blog Menjadi Tajuk Utama Akhbar?


Dapat diperhatikan ada satu trend yang menarik berlaku dalam dunia blog di  negara kita. Selama ini blog dianggap sebagai sumber maklumat peribadi dan bersifat persendirian yang dikongsi bagi memenuhi tujuan rangkaian sosial semata-mata. Kalau pun kandungannya berbentuk laporan sesuatu kejadian, ianya masih terhad disebarkan di dalam blog dan tidak dianggap sebagai 'penting'.

Namun, ada sedikit anjakan telah berlaku apabila ada akhbar arus perdana yang memetik kandungan blog sebagai bahan dalam tajuk utama mereka di muka hadapan. Berikut adalah beberapa skop berita yang mengambil kandungan blog sebagai isinya :
  1. Utusan Malaysia (Muka Depan), 7/5/2011, memetik blog Bigdog dan blog Marahku yang mendedahkan majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.
  2. Utusan Malaysia (Slot Dalam Negeri), 26/4/2011, memetik blog MIM mengenai kecaman terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng apabila dikatakan cuba menggambarkan seolah-olah negara ini mengamalkan idea Hitler iaitu seseorang itu lebih unggul dari yang lain kerana warna kulit. 
  3. Utusan Malaysia (Muka Depan), 26/3/2011, memetik blog MIM yang menimbulkan persoalan di manakah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di antara pukul 9.20 malam sehingga 11.38 malam pada 21 Februari apabila satu video seks yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur dari China dirakamkan?
  4. Lain-lain laporan berita yang saya terlepas pandang.
Maka, perbincangan boleh dimulakan dengan mengajukan soalan umum mengapa senario baru ini boleh berlaku? Adakah kandungan blog yang dipetik benar-benar kredibel atau akhbar arus perdana yang ketandusan idea dalam laporan mereka?

Jika dilihat dalam senarai di atas, maka sudah tentulah kandungan-kandungan blog berunsur politk yang sensasi dipetik oleh Utusan Malaysia. Kita juga maklum, Utusan Malaysia menampilkan corak pelaporan politik sensasi yang sangat tajam perselisihannya terutama selepas PRU12 3 tahun lalu. Maka, tidak peliklah jika blog-blog politik menjadi pilihan Utusan Malaysia untuk dijadikan bahan mereka juga.

Apa yang boleh dipelajari di sini? Sudah tentulah jika penulis blog konsisten dalam menampilkan kandungan yang ada kredibiliti, ianya akan menjadi rujukan pihak lain. Tetapi, saya asingkan kenyataan ini daripada laporan-laporan politik seperti dalam senarai di atas. Ini kerana, laporan politik banyak pertikaiannya sebagaimana dunia politik itu sendiri.

Maka, penulis-penulis blog selain politik wajar terus komited untuk menyajikan bahan-bahan yang bermutu tinggi kerana ianya akan dijadikan rujukan oleh penulis blog yang lain. Penulis blog yang lain akan membuat rujukan, petikan dan meneruskan wacana perbincangan mengenai sesuatu topik. Hasilnya, faedah yang lebih besar dari sudut perkongsian ilmu pengetahuan akan dapat dimanfaatkan oleh khalayak yang lebih besar.


8 maklum balas:

Shaiful Zaidi said...

akhbar lapor blog, blog lapor akhbar... win win situation.

Alin Liyana said...

penting isu semasa untuk rjukan blogger

LIPISLADY said...

Sallam,
Keadaan yang saling bergantung antara satu sama lain. Satu fenomena yang baik buat penulis blog kerana penulisan mereka dihargai.Cuma perlulah berhati-hati dalam penulisan mereka kerana masyarakat memang suka kepada isu sensitif walaupun negatif.

akuanakpahang said...

Saya pulak terkadang memetik cerita drp akhbar di jadi tajuk di blog :) Saranan dan pandangan anda saya setuju.

APAN said...

good point kat situ... :)

pengaruh blog da makin besar sekarang kot...
semua kalau boleh nak baca kat blog...
ada pengaruh...
yg surat kabo tu nak take advantage dari situ...
huhu...

Hisyam Muhibah said...

shaiful zaidi - blog selalu lapor akhbar, akhbar jarang2 lapor blog

alin liyana - ramai blogger yang ulas isu semasa

kak LL - penulisan dihargai perlukan komitmen dan konsisten

en. yassin aap - memang blogger selalu petik akhbar

apan - blog berjaya berperanan dengan berkesan

Mohd Ridhuan said...

kalau sesuatu isu elok diketengahkan...
wajar la didedahkan...

ozzy said...

Assalam...

Blogger mempunyai cara penyampaian mengikut citarasa masing2 & pastinya blogger yg kerap membangkitkan isu2 yg boleh menimbulkan kontraversi akan lebih mendapat tempat untuk disiarkan di akhbar.Advantage pada pihak akhbar krn mrk x perlu bersusah payah utk mendapatkan sumber atau info.

Post a Comment

Powered by Blogger.