04 June, 2011

Ahlan Ya Rejab, Mari Perkasakan Solat


Bulan Rejab kembali menemui kita. Ini bermakna, kurang 2 bulan dari sekarang kita akan bertemu pula dengan bulan Ramadan yang sangat dirindui itu. Maka, wajarlah kita membuat persiapan sedari awal Rejab untuk sama-sama kita berpesta ibadah 2 bulan dari sekarang.

Rejab itu sinonimnya dengan ibadah solat. Peristiwa Israk dan Mikraj yang dialami oleh Baginda Ar-Rasul telah mensyariatkan ibadah solat kepada semua pengikutnya. Tahun lalu saya tuliskan satu entri berkenaan pedoman peristiwa Israk dan Mikraj yang meliputi : Penyucian Jiwa, Campur Tangan ALlah Dalam Urusan Manusia, Akur Dengan Realiti dan Kemampuan, Realiti Cabaran Dakwah dan Tegas Membenarkan Kebenaran.

Maka, perlulah kita sentiasa mengagungkan solat sebagai ibadah yang penting di dalam kehidupan orang Islam. Dalam buku berjudul Kebahagian : Definisi Islam tulisan Mohd. Fadli Sulaiman terbitan Utusan Publication tahun 2004, pengarang menyatakan solat ialah medium utama untuk membersihkan jiwa daripada segala perihal yang merosakkan. Rasulullah SAW menganalogikan solat ini seperti mandi di sebatang sungai yang terletak di halaman rumah. Segala kekotoran tubuh badan akan luntur jika sentiasa mandi lima kali sehari di sungai tersebut. Begitu juga dengan solat yang wajib dikerjakan itu membersihkan jiwa dan pemikiran jika dilakukan dengan betul. Jelas di sini solat merupakan medium terbaik untuk membina diri yang mapan dan bersih.

Ayuh, bermula Rejab, kita perkasakan solat supaya ianya menjadi salah satu pengisi Ramadan yang akan menjelang tidak lama lagi.




6 maklum balas:

MDHAFiZ.NET said...

InsyaAllah..sama-sama kita perkasakan silat kita...hidupkan semula sunnah Muhammad SAW yg telah lama kita tinggalkan..

nyanyisunyi said...

Assalam..
insyallah..mudah2an hati kita tak pernah lalai mengingati Allah dan tidak lalai mengerjakan perintah Allah yang paling utama itu..

chii said...

kejap je kan da masuk bulan rejab..insya Allah..terima kasih utk perkongsian..chii pun nak mulakan blk amalan sunat yg da lama x wat ni..adeih

Miecyber said...

Insya Allah...

Messi ditumbuk

Yastro said...

Erkkk...Rejab dh ke...iskk..iskk...ni la bila dok hapai bulan mat salleh jerr...
Insyaallah...sama2 kita buat yg terbaik...

Fadli said...

Assalamualaikum,

En. Hisyam, entah mcam mana saya tersinggah di blog tuan. Bila terbaca artikel 'Ahlan Rejab...." tuan antara lain merujuk buku Kebahagiaan Definisi Islam. Itu buku karangan saya yang pertama. Semoga ini menjadi satu motivasi untuk saya berkarya lagi.Salam ukhwah daripada saya . Jika tidak keberatan sila ke blog sayauntuk perkongsian ilmu. TQ

Post a Comment

Powered by Blogger.