07 June, 2011

Pilihanraya Masjid; Yang Penting Imarahkan Masjid


Utusan hari ini melaporkan pelbagai pihak membantah 'pilihan raya masjid' di Pulau Pinang pertengahan bulan ini yang disifatkan sebagai agenda tersembunyi pihak tertentu yang mahu memporak-perandakan institusi masjid sebagai pusat perpaduan umat Islam. Sambil mempersoalkan motif pilihan raya itu, pemimpin politik serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri itu menegaskan, jawatankuasa masjid tidak wajar diheret ke kancah politik kepartian yang hanya akan mengakibatkan perpecahan di kalangan anak-anak kariah.

Pendapat saya begini sahaja :

  1. Kita memang sudah berada pada zaman semua perkara dilihat dari sudut politik. Menilai sesuatu daripada kaca mata politik, maka hasilnya sudah tentulah berbau politik - menyokong atau membangkang. Apatah lagi jika ulasan dibuat oleh orang-orang politik terhadap lawannya daripada parti di sebelah sana. Akibatnya, manafaat yang lebih besar daripada sebarang cadangan akan dikaburi oleh ulasan-ulasan politik partisan.
  2. Jika tidak diadakan pilihan raya untuk memilih AJK masjid, barisan AJK tetap mesti dipilih dan dibentuk oleh ahli qariah. Ini bagi memastikan masjid dapat berperanan sebagai institusi 'jantung' kepada sesuatu komuniti umat Islam. Maka, jika tidak pilihan raya (proses penamaan calon, kempen dan buang undi) pelantikan akan dibuat menggunakan cara angkat tangan atau lantikan terus oleh pihak berkuasa di dalam mesyuarat agungnya.
  3. Jika mahu juga dilaksanakan, elok juga dipastikan pelaksanaannya adalah telus. Seperti ulasan dalam laporan Utusan ini yang bertanyakan mengenai daftar pemilih, pengundi yang layak, masjid tempat mengundi dan lain-lain. Jika soal pelaksanaan tidak sempurna, ianya akan hanya menimbulkan fitnah yang lebih besar kepada masjid sebagai sebuah institusi Islam.
  4. Namun, pada saya pelantikan AJK samada menerusi pilihan raya, pilih angkat tangan atau lantikan terus adalah perkara yang terlalu kecil. Tujuan utama pelantikan itulah yang menjadi perkara paling penting iaitu untuk membentuk satu barisan AJK masjid yang benar-benar mahu memajukan masjid, mengimarahkan masjid dengan aktiviti-aktiviti bermanafaat, serta memperkasakan masjid sebagai pusat perpaduan sesama umat Islam serta dengan bukan Islam di dalam sesebuah komuniti. Tidaklah bermakna apa-apa jika pilihan raya beriya-iya diadakan sedangkan selepas dipilih masjid akan terus sepi dan di'tidur'kan oleh AJK-AJK masjid sendiri.



1 maklum balas:

APAN said...

lom dengar lagi berita pasal pilihanraya ni...ada baik ngan buruk gak kot...
jngan salah memilih AJK dah la.nanti x jln terus program...

Post a Comment

Powered by Blogger.