26 June, 2011

Rotan Dan Keperluannya


Kesibukan yang menghambat, menjejaskan perkembangan blog ini. Jalan mudah ialah dengan memetik bahan-bahan yang tersedia ada.

Merujuk kepada buku Anak Adalah Anugerah tulisan Saat Sulaiman, diterbitkan oleh Utusan Publication pada 2008, penulis menerangkan;

Islam tidak pernah menghalang ibu bapa merotan anak-anak. Sebagaimana sebuah hadith yang membolehkan anak berusia 10 tahun dirotan kerana tidak menunaikan solat.

Namun, ibu bapa memikirkan kewajaran penggunaan rotan dalam mendidik anak-anak. Tanpa merotan dengan sewenang-wenangnya, ibu bapa perlu mendahulukan dengan nasihat, amaran dan peringatan. Jika rotan terpaksa dilakukan, ianya mestilah bertujuan untuk mendidik dan memberi pengajaran. Mesej yang jelas diberikan bahawa perbuatan anak tersebut adalah kesalahan besar yang perlu dijauhi.

Berikut adalah panduan untuk ibu bapa semasa merotan anak-anak :
  1. Elakkan merotan jika anak hanya melakukan kesalahan kecil. Ini akan menjadikan anak berasa tertekan dan menganggap ibu bapa tiada toleransi.
  2. Jangan merotan anak berumur di bawah 10 tahun. Utamakan pendidikan dengan kasih sayang, nasihat dan amaran keras.
  3. Jangan merotan di muka, kepala, perut dan tempat yang sensitif. Rotan hanya di tapak tangan dan punggung.
  4. Jangan merotan secara keterlaluan. Ianya akan menimbulkan perasaan benci, dendam dan marah pada anak-anak.
  5. Jangan merotan anak di hadapan kawan atau adik beradik yang lain. Ianya akan menimbulkan perasaan malu dan tekanan emosi yang tinggi.
bersambung....



6 maklum balas:

zulkbo said...

salam
setuju sangat tu..
heran pula mana hilang
rotan saya di rumah..
tanya isteri katanya dia
tak de simpan..adakah ada
yang menyoroknya..
:D

Nafisa81 said...

selalu pakai hanger baju..

Hisyam Muhibah said...

En. Zulkbo - maknanya, rotan tuan benar2 berfungsi di rumah..

Nafiza81 - yang penting niat kita untuk memberi hukuman sebagai pengajaran

humbleyat said...

betul2..niat untuk mendidik anak bukan untuk menghukum..:-)

Hisyam Muhibah said...

humbleyat - setuju, tq.

Nafisa81 said...

kecik2 dulu mak abah mmg tak penah rotan...selalu kena cubit dengan mak..lebam biru peha wehh...skang ni baru acah anak dengan hanger...dah kena marah dengan mak mentua...

Post a Comment

Powered by Blogger.