28 July, 2011

8 Tuntutan Untuk MemBERSIHkan Ramadan di TV


Ramadan akan menjelang 4 hari dari sekarang. Sudah terlalu hampir. Persediaan untuk menyambutnya perlu dilipatgandakan di saat-saat akhir ini.


Namun, disebabkan kedatangannya setahun sekali, sudah tentu post-mortem yang telah dibuat tahun lalu telah dilupakan. Selepas leka dengan kemeriahan Syawal, 9 bulan seterusnya langsung tidak membicarakan tentang Ramadan lagi.

Kita mahukan Ramadan yang sempurna. Memanfaatkan setiap saat tanpa dilepaskan melainkan dengan kegiatan ibadah semata-mata. Motivasi ganjaran yang berganda sangat rugi untuk dilepaskan begitu sahaja.

Justeru, saya membuat 8 tuntutan ini untuk memBERSIHkan Ramadan di kaca TV untuk tahun ini :
  1. Rancangan TV berbentuk hiburan hendaklah dikurang seminimumnya
  2. Tiada rancangan secara langsung seperti talk show sehingga jam 10.00 malam. Tunaikanlah solat Tarawih secara berjemaah dahulu sebelum masuk ke studio untuk bersiaran langsung
  3. Promosi berkaitan hari raya di TV hanya dibuat pada minggu terakhir Ramadan
  4. Membanyakkan iklan, promo, hebahan yang Islamiy sepanjang Ramadan seperti mengingatkan tentang ibadah, memanfaat 10 akhir Ramadan, dll
  5. Pengacara TV, pembaca berita terutama wanita hendaklah menutup aurat dengan lengkap
  6. Tiada drama yang jalan ceritanya menjurus kepada masalah rumah tangga yang tidak logik
  7. Artis-artis yang selama 10 bulan melalaikan penonton tampil dengan rancangan yang lebih islamik dan positif
  8. Rancangan TV import dari barat yang berbau lucah dihalang daripada disiarkan.

7 maklum balas:

SuhaNa said...

Assalam..

Teramatlah setuju..Moga ibadah yang dikejar sepanjang ramadhan ini.

APAN said...

haha...kisah rumah tangga yg x masuk akal tu aku suka.semua point ni perlu dibersihkan.saya sokong!

Hisyam Muhibah said...

Suhana - insyaAllah, kita utamakan ibadah

APAN - banyak drama melayu masa bulan puasa dan raya nanti, tapi jalan cerita yang berhasad dengki, bergaduh laki bini, bla bla bla, tak payah lah ditayangkan..

akuanakpahang said...

Salam, menyokong penuh saranan dan cadangan anda. Bab2 melalaikan dan mengurangkan pahala puasa nie patut dihenyahkan aje di bulan mulia ini.

Nizam said...

Hiburan yang meleka ter patut tak ande terus

ozzy said...

Assalam..

Saya turut setuju dgn cadangan ini..

P/S - Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

bard bahtiar said...

200% setuju bang! slmt mnyambut ramadhan to abang n familiy ya!

Post a Comment

Powered by Blogger.