25 July, 2011

Al-Quran; Antarabangsa, Televisyen dan Ramadan


Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada qari dan qariah dari Malaysia yang telah membuktikan kecemerlangan mereka sehingga dinobatkan selaku juara Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang baru berakhir semalam. Kejayaan Amirahman Abas dan Suraya Abu Hassan itu seharusnya dikongsi bersama oleh seluruh umat Islam di Malaysia. Ini bermakna, martabat Islam di negara kita sentiasa berada pada tempat yang sepatutnya.


Sudah tentulah tidak mudah untuk bergelar  juara. Pelbagai persediaan, latihan dan doa perlu dipersiapkan untuk mencipta kemenangan ini. Walaupun, kelebihan sebagai tuan rumah tetap ada, tetapi itu bukan faktor utama. Kedua-dua wakil negara ini pastinya telah berkorban pelbagai perkara bagi memastikan kemenangan adalah milik mereka.

Seharusnya kita juga perlu bersyukur kerana pada masa sekarang sudah banyak rancangan televisyen berkaitan Al-Quran diterbitkan. Daripada belajar Al-Quran kepada kanak-kanak, belajar Al-Quran untuk Mualaf, seni taranum, akademi Al-Quran sehinggalah kepada bacaan surah-surah pada waktu-waktu tertentu. Dahulu, rancangan sebegini sangat sedikit.

Setidak-tidaknya, rancangan teelvisyen berkaitan Al-Quran boleh dijadikan pilihan kepada rancangan-rancangan yang 'lagho' sedia ada berlambak di televisyen. Kita seharusnya terus menyokong rancangan sebegini kerana manfaatnya sangat besar kepada umat Islam itu sendiri.

Apatah lagi, dengan tibanya bulan Ramadan minggu hadapan, perlulah kita menyedari bahawa agungnya Ramadan itu kerana turunnya Al-Quran di dalamnya. Seharusnya, peluang sebulan Ramadan digunakan sepenuhnya untuk mendekatkan diri dengan Al-Quran. Seterusnya, dijadikan rutin amalan seharian tanpa meninggalkan bacaannya setiap hari.

InsyaAllah, kita manfaatkan Ramadan yang akan tiba dengan kegiatan berkaitan Al-Quran. Moga-moga Al-Quran akan membantu kita semula kelak di alam barzakh dan alam akhirat.


1 maklum balas:

Pacifist said...

salam ziarah,
marhaban ya ramadhan.....madu dan racun diberi.kononnya 50 dunia 50 akhirat.memberi pilihan kpd rakyat utk memilih mana yg baik dan mana yg buruk.sedangkan tugas pemerintah yg baik,mengharamkan yg haram,menghalalkan yg halal.
-kerajaan berkiblatkan barat dlm banyak hal.jd terpaksarela menunjukkan negara ini moderat/sederhana.sesuai dgn konsep tersebut dr kacamata mereka(barat)

Post a Comment

Powered by Blogger.