13 July, 2011

Dialog dan Musyawarah 8 Tuntutan


Diberi gelaran 709, Perhimpunan Bersih 2.0 sudah berlalu pada Ahad lepas. Dalam tempoh 2 minggu ke belakang, pelbagai usaha digerakkan oleh kerajaan untuk menghalang daripada berlakunya perhimpunan tersebut. Namun, ianya berlaku juga dan usaha menghalang juga berlaku semasa hari kejadian.

Perhimpunan itu satu isu yang lain, telah menenggelamkan isu sebenar iaitu 8 tuntutan yang dibuat oleh 62 NGO yang bergabung membentuk kumpulan Bersih. Disebabkan tumpuan terlalu diberikan kepada isu perhimpunan - haram, menyebabkan kesesakan, mengganggu perniagaan, bla bla bla, maka ke mana hilangnya 8 tuntutan berbentuk cadangan untuk menambah baik sistem pilihan raya di Malaysia?

Maka, eloklah digerakkan semula usaha dialog dan musyawarah di antara kedua-dua pihak iaitu Bersih dan keraajan-SPR. 8 tuntutan adalah hasil perbincangan NGO sebagai manifestasi komitmen masyarakat sivil membantu membina negara yang lebih baik. Maka, eloklah disambut dengan hati terbuka dan berbincang sebaik-baiknya.

ABIM juga menyeru supaya dialog diadakan bagi tujuan meneliti 8 tuntutan tersebut.

Tanpa prejudis, ianya akan mengekalkan momentum 709 sehingga tibanya hari PRu13.


6 maklum balas:

akuanakpahang said...

Salam, kalau bawak berbincang apa salahnya... pihak berkenaan kenalah berlapang dada dan menerima segalanyanya dengan hati yang terbuka.

abadi romeo said...

bagaimana nak bincang dalam Parlimen..kalau tersalah cakap,gantung dari menghadiri dewan,bila diajak berbincang beri sejuta alasan dan bila turun ke jalan dikatakan samseng jalanan..demokrasi yang mati sebelum ajal..

Echam said...

Itulah gayenyer kalo dh lame sgt berkuasa. Sampei lupa apa pandangan rakyat bawoh ni..

APAN said...

aku setuju ngan cadangan ni...x salah pun.pe salahnya...at least bagi sebab kenapa kerajaan nak tolak semua tuntutan tu.xde la orang pikir negatif sngat...

ozzy said...

Assalam..

Setuju..ia sebenarnya boleh dibawa kemeja rundingan.Untuk apa dibuat demontrasi yg nampaknya hanya memperkudakan kaum melayu & dlm demontrasi tu pun x nampak pun 8 tuntutan ini cuma lebih pada agenda lain.

Nizam said...

Gone ke cerite lepas ni pulok...

Post a Comment

Powered by Blogger.