01 July, 2011

Masjid Sebagai Landmark

Berada di penghujung Rejab sepatutnya menjadikan kita semakin 'alert' bahawa Ramadan akan tiba tidak lama lagi. Ditambah lagi dengan kejadian Israk dan Mikraj yang sangat penting dalam Islam juga akan diingati. Pelbagai program dianjurkan seperti ceramah, forum dan seminar untuk mengutip iktibar daripada peristiwa besar itu. Tidak ketinggalan juga pelbagai artikel ditulis, entri dimasukkan ke blog, khutbah khas mengenai dibacakan.

Blog ini juga sudah memuatkan dua entri mengenai Israk dan Mikraj yang boleh dibaca di sini dan di sini.

Satu ayat Al-Quran yang berkait langsung dengan peristiwa Israk Mikraj ialah ayat pertama daripada Surah Al-Isra, yang berbunyi :


"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

Apa yang menariknya ialah mengenai dua tempat atau landmark yang disebut dalam ayat ini iaitu Masjidil Haraam di Mekah dan Masjidil Aqsa di Baitul Muqaddis.

Sudah tentulah sangat pentingnya peranan masjid apabila dipilih oleh Allah menjadi 'landmark' di dalam peristiwa agung ini. Maka, sebagai hambaNya, pengajaran ini harus disedari dan dijadikan pedoman dalam menjalani kehidupan seharian.

Masjid perlulah benar-benar berfungsi menjadi institusi perpaduan umat Islam. Di masjidlah segala bentuk perjumpaan, mesyuarat, penyebaran ilmu, aktiviti yang melibatkan orang ramai harus dijadikan tempatnya. Mengimarahkan masjid bermakna menghidupkan rumah Allah dan sudah tentu barakah Allah akan sentiasa bersama pada setiap masa.

Insya Allah, marilah kita tanamkan tekad di hati untuk bertindak bagi menjadikan masjid sebagai 'the heart of the community'.






5 maklum balas:

humbleyat said...

Insha Allah..masjid perlu dekat di hati masyarakat melaui program dan aktiviti yang dianjurka.tak sabar tunggu Ramadhan tahun ini:-)

Yastro said...

Insyaallah...sok2 sibuk sket rase2nya ni...

Cik SHiNJU said...

Selamat tinggal Rejab..
Moga dipanjangkan usia untuk bertemu
lagi tahun depan..Ahlan Wasahlan
Syaaban dan Ramadhan..

APAN said...

huhu...malu gak rase.gi masjid seminggu sekali je...

erm...bro...aku cam nak baca la ko nye pendapat pasal BERSIH ni.xde lagi kan?haha...

kalau rajin ce buat sket... :)

Hisyam Muhibah said...

humbleyat - itulah sepatutnya yang dibuat kepada masjid. insyaAllah bergembira kita semua menyambut Ramadan

Yastro - insyaAllah

Cik Shinju - insyaAllah

APAN - seminggu sekali tu lebih baik dari yang takdak langsung.. BERSIH?? hehe sabarr.. tengah pilih angle mana nak ulas.. adalah tu nanti satu entri pasal BERSIH

Post a Comment

Powered by Blogger.