28 July, 2011

Yang Berkuasa Menggunakan Kuasanya Untuk Mencegah Kemungkaran

Dari Abi Sa'id Al-Khudri r.a. telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda : "Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju). Dan itu adalah selemah-lemah Iman". Di riwayatkan oleh Imam Muslim.
Orang-orang Kuantan memang patut bersyukur atas perkembangan terbaru ini. Dengan kuasa yang ada, ianya dimanfaatkan untuk kemaslahatan ummah. Kemungkaran perlu ditegah 'by all means'. Mencegahnya berdasarkan kemampuan yang ada pada diri masing-masing.

Maka, langkah Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) diharap akan menjadi contoh kepada majlis perbandaran yang lain seluruh negara. Semoga negara kita akan terus dirahmati oleh Allah selagi adanya hamba-hambaNya yang benar-benar memanfaatkan kemampuan diri mereka untuk kebaikan umat Islam.

Kita harap larangan ini akan diikuti dengan penguatkuasaan yang cukup mantap. Sudah tentu pelbagai cabaran akan dihadapi oleh MPK dan agensi penguatkuasaan yang lain apabila dilaksanakan kelak. Jadi, kita juga berharap wanita-wanita Islam yang masih bekerja sebagai GRO akan mula mencari kerja lain sebelum larangan ini dikuatkuasakan tahun hadapan.

Laporan penuh mengenai larangan MPK kepada wanita Islam bekerja sebagai GRO boleh dibaca di sini.

Di antara isi laporan tersebut :
  1. Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) akan menguatkuasakan larangan wanita Islam menjadi pelayan pelanggan atau GRO di semua pusat hiburan di bandar ini pada tahun depan.
  2. ahli majlis MPK bersetuju dengan cadangan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sebelum ini agar umat Islam dilarang bekerja di pusat hiburan yang menghidangkan minuman keras di bandar ini.
  3. secara tidak langsung memberi kesan negatif apabila GRO beragama Islam, sekalipun tidak meminum tapi mengangkat dan menghidangkan minuman keras kepada pelanggan
  4. pemeriksaan yang dijalankan pihak JAIP, kastam, polis, imigresen dan MPK mendapati ramai pekerja pusat hiburan terlibat meminum minuman keras
  5. GRO juga sering dikaitkan dengan masalah sosial dan perbuatan tidak bermoral.

7 maklum balas:

abgreds said...

Salam Syam...
Aku rasa macam dah lama tak dengar berita yang bagus-bagus macam ni...asyik politik jer...mudah-mudahan banyak lagi tindakan sebegini dibuat demi kedaulatan dan maruah Islam dan melayu...juga Malaysia ini..

MaMa AiNi said...

salam kenal dr mama..tahniah buat MPK kerana menguatkuasakan arahan diatas !!!..semuga semua majlis akan mengikuti langkah MPK..kat Selangor ni..hu2x...sedih byk sgt pusat2 hiburan !!..penat bercakap je,suara kita tak pernah dihiraukan n semua buat tak peduli !!...sampai bila agaknya?..

bard bahtiar said...

smoga rkyat Malaysia di jauhi dr bala dn bencana...btw smoga lngkh mpk ni akn di kuti oleh mpk ngri lain...

ozzy said...

Assalam..

Satu tindakan yg sgt baik cuma perlaksanaannya juga perlu tegas & berterusan..

APAN said...

xtau pun MPK wat peraturan ni.yg ni aku sokong.selama ni dok keji je.haha...

kalau orang islam dilarang masuk ke tempat macam tu pun bagus gak..

Hisyam Muhibah said...

abgreds - betul tu, kita sangat2 nak baca berita2 yang baik mcm ni.

mamaaini - kena terus suarakan pandangan rakyat, demi kebaikan bersama

bard bakhtiar - betul tu, harap PBT lain akan contohi MPK

ozzy - ya betul, pelaksanaannya tahun depan perlu mantap.

APAN - MPK sebagai PBT juga ada peruntukan undang2, sebab tu diorang ada penguatkuasa.

Anonymous said...

Saya menyokong 100% tindakan MPK tentang larangan tersebut...menyedihkan melihat wanita2 muslim ini mabuk-mabukan berpelukan dengan costumer di pub..Yang paling ramai sekali wanita melayu bekerja di pub LG 1, LG2 Jalan ayer putih beserah Kuantan..menjijik kan .....semoga MPK buat pemeriksaan dengan secepat mungkin..

Post a Comment

Powered by Blogger.