21 September, 2011

Kumpulkan Suara Rakyat Untuk Gubal Akta Baru Ganti ISA


Kita semua sedia maklum bahawa ISA atau Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 sudah diumumkan akan dimansuhkan. Pengumuman telah dibuat oleh YAB Perdana Menteri dalam perutusan khasnya sempena Sambutan Hari Malaysia baru lalu pada 15 September lalu. Dalam masa yang sama, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Ini satu anjakan ke hadapan yang diterima oleh rakyat dalam nada dan pendirian yang pelbagai.

Saya tidak mahu mengulas dari sudut politik dan kepentingannya. Ini hanya akan menyeret lagi pertelingkahan politik yang tidak kunjung padam. Setakat ini pun, perbalahan sudah dimarakkan apabila pembangkang mengatakan usaha mereka selama ini sudah berhasil sementara parti kerajaan mengatakan bahawa pemansuhan ISA tiada kaitan dengan usaha pembangkang sejak sekian lama. Biarlah politikus-politikus kepartian sempit terus-terusan melantunkan bola politik mereka ke sana sini walaupun tidak berjumpa dengan golnya.

PDRM dalam kenyataan IGP pada hari ini mengatakan forum akan diadakan yang melibatkan pelbagai pihak bagi membincangkan undang-undang baru yang bakal menggantikan ISA. Ianya bagi menentukan keselamatan negara dan rakyat akan sentiasa terjamin dengan undang-undang baru itu kelak. IGP berkata antara pihak yang terlibat dalam forum itu ialah Kementerian Dalam Negeri (KDN), pakar-pakar perundangan dan Jabatan Peguam Negara.

Saya juga berharap agar forum dan perbincangan yang akan diadakan akan turut dibuka kepada rakyat. Mendapatkan input daripada rakyat dilihat penting kerana penguatkuasaannya nanti adalah kepada semua rakyat Malaysia juga. Penggubalan akta baru itu nanti haruslah juga mendapat perspektif orang awam (walaupun mereka tidak pakar) melalui perwakilan mereka dalam bentuk NGO atau tokoh-tokoh agama, pendidik, perniagaan dan lain-lain.

Jika ianya benar-benar melibatkan rakyat, maka baharulah saya boleh iktiraf bahawa politik Malaysia sudah bergerak ke arah transformasi dengan mengambil kira suara rakyat dalam menggubal undang-undang.

6 maklum balas:

Nizam said...

Buat lah yang terbaik....

APAN said...

satu impian yg boleh direalisasikan tpi sukar gak kot...
harapnya hasil forum tu nanti dpt diterima la...

Hisyam Muhibah said...

Nizam JD - 'yang terbaik' pada zaman sekarang perlu didefinasikan semula

APAN - macam PPSMI yang mana kementerian buat persidangan meja bulat dan jemput semua segmen rakyat untuk beri pandangan

Yastro said...

Dari rakyat untuk rakyat...itu yg terbaik...Insyaallah.

ozzy said...

Agak kecewa bila ISA dimansuhkan tapi saya percaya kerajaan ada backup lain demi memelihara keamanan negara.

p/s- Singapore pun belum hapuskan ISA...

Hisyam Muhibah said...

Yastro - selagi boleh, libatkan rakyat dalam pembinaan negara

En. Ozzy - kita tunggu 2 akta yang akan menggantikan ISA itu

Post a Comment

Powered by Blogger.