18 September, 2011

Majlis Perpisahan dan Persaraan Modem


Selepas berkhidmat sejak Januari 2007 atau selama 3 tahun 9 bulan, akhirnya saya terpaksa akur kepada modem kesayangan yang sudah uzur dan mahu bersara. Sudah sampai masanya modem ini bersara dan tidak lagi berkhidmat kepada tuannya. Keadaannya yang sudah uzur juga telah menyebabkan saya untuk meluluskan persaraannya.

Keadaanya sangat menyedihkan. Penutup belakangnya yang sudah retak menanti belah ditampung oleh pelekat saja. Penutup itu sudah tidak mampu untuk berfungsi dengan baik. Jika tidak dapat menutup dengan baik, bateri juga tidak dapat dipasang kemas menyebabkan isyarat liputan tidak memuaskan.

Lebih menyedihkan keadaan baterinya yang mengembung. Mungkin kerana digunakan terlalu intensif dan terdedah kepada suhu yang tinggi menyebabkan keadaannya sebegitu. Apabila bateri sudah mengembung, sukar untuk dipasang pada tempatnya. Ini juga salah satu sebab penutup modem ini retak. Dengan keadaan bateri yang begitul isyarat liputan juga seringkali terganggu, terputus-putus.

Maka, hari ini diadakan Majlis Perpisahan dan Persaraan Modem kesayangan ini. Bertambahlah satu lagi koleksi dalam Muzium Gajet di rumah ku.

2 maklum balas:

Nizam said...

Nok yang baru la tu....

Hisyam Muhibah said...

Nizam JD - alhamdulillah, sudah ada penggantinya

Post a Comment

Powered by Blogger.