09 September, 2011

Menyebarkan Pesanan Khatib


Setiap kali Solat Fardhu Jumaat, semua ahli jemaah akan mendegar dua khutbah terlebih dahulu bagi memenuhi rukun solat Jumaat tersebut. Khutbah akan disampaikan oleh Khatib di atas minbar. Pelbagai tajuk khutbah dengan isi-isi perbincangan akan menjadi pengisian kepada halwa telinga para jemaah yang hadir ke masjid.

Sudah tentulah isi-isi khutbah akan menyentuh soal agama, nasihat-nasihat, peringatan-peringatan untuk dijadikan pedoman kepada semua ahli jemaah yang hadir. Apa yang penting ialah setiap kali khutbah disampaikan, maka hendaklah ianya diterjemahkan dalam bentuk tindakan. Ini penting supaya kita akan sentiasa maju ke hadapan dalam melaksanakan arahan agama dan meninggalkan segala larangan.

Selain itu, apa yang mesti dijadikan keutamaan juga ialah setiap kali kita hadir mendengar khutbah, hendaklah kita pastikan bahawa isi-isi khutbah tersebut kita sebar luaskan kepada orang lain yang tidak hadir menunaikan solat Jumaat. Mereka ini terdiri daripada isteri kita, rakan-rakan sepejabat yang perempuan dan ahli keluarga lain seperti emak, kakak dan adik perempuan.

Ini bagi memastikan bahawa pesanan-pesanan agama yang disampaikan oleh Khatib akan turut sampai kepada semua umat Islam selepas selesai solat Jumaat. Seterusnya, ianya dijadikan amalan seharian.

Namun, dalam era teknologi maklumat dan rangkaian sosial yang semakin canggih, elok juga kita sebarkan isi-isi khutbah kepada sesiapa sahaja. Platform Facebook, Twitter dan Blog sangat sesuai digunakan untuk tujuan ini. Dalam masa yang sama, teknologi-teknologi kita manfaatkan untuk tujuan kepentingan agama kita sendiri.

Apa yang perlu kita lakukan ialah mendengar khutbah dengan sebaik-baiknya. Kemudian kenal pasti satu atau dua isi sahaja yang dianggap mudah untuk difahami dan diamalkan. Sebaik sahaja selesai solat Jumaat, bukalah laman sosial masing-masing dan kemas kinikan status kita semua dengan pesanan-pesanan khatib ini.

InsyaAllah barakah Allah akan sentiasa bersama kita.

p/s : pesanan Khatib di masjid saya solat tadi ialah : orang yang hadir menunaikan solat Jumaat dan mendengar khutbah, hendaklah menyebarkannya kepada mereka yang tidak hadir.

4 maklum balas:

akuanakpahang said...

Salam, satu pandangan yang amat bagus... semoga kita semua diberkatiNYA jua.

nyanyisunyi said...

Assalamualaikum
berpesan2 untuk kebaikkan itu kan amalan mulia..

APAN said...

insyaallah akan diamalkan lepas ni...tpi cam berat gak ni...kalau tertidur nak sebar pe nanti.huhu...

kdg2 tu tajuk pun da lupa ma...

Hisyam Muhibah said...

En. Yassin AAP - marilah berlumba2 membuat kebaikan.

Nyanyisunyi - selagi terdaya, marilah berpesan2 kepada kebaikan menggunakan apa sahaja cara

APAN - banyak pesanan khatib, oak pilih satu saje. sebarkan yang satu tu je pun

Post a Comment

Powered by Blogger.