06 September, 2011

Misi Somalia; Hentikan Tunding Jari, Ambik Iktibar & Teruskan Menyumbang


Tragedi yang menimpa pasukan misi bantuan Kelab Putera 1Malaysia sudah kita semua sedia maklum. Seorang terkorban, seorang lagi tercedera. Semua anggota misi sudah pulang ke Malaysia. Tidak terlambat untuk kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah Noramfaizul, Jurukamera Bernama TV yang menjadi mangsa peluru tidak bermata di sana.

Ulasan-ulasan juga sudah dibuat oleh pelbagai pihak. Daripada yang memuji keberanian Kelan Putera sehinggalah kepada yang mahu dinilai semula semua misi-misi bantuan kemanusiaan di luar negara. Tidak kurang juga yang menunding jari menyatakan orang ini salah, pihak ini silap, sehingga terkorban seorang rakyat Malaysia di sana.

Apa-apa pun reaksi orang ramai, eloklah kita hentikan tunding menunding menyalahkan orang lain.

Pengajaran dan iktibar perlu diambil oleh semua pihak. Persediaan rapi perlu dibuat sebelum mana-mana pasukan misi kemanusiaan pergi ke lokasi. Kajian dan tinjauan perlu kemas dan lengkap. Ini meliputi bentuk kesengsaraan yang dihadapi, jenis-jenis bantuan yang menjadi keutamaan, faktor keselamatan, jaringan kerjasama dengan organisasi atau NGO tempatan, dan lain-lain. 

Kemudian diikuti dengan sesi latihan dan penerangan yang sebaik-baiknya terutama kepada peserta 'first-timer' yang mahu berkhidmat di tempat-tempat bencana atau berisiko. Sedangkan pasukan-pasukan yang sudah banyak pengalaman juga sentiasa mengutaman sesi latihan supaya mereka masak benar dengan situasi di tempat yang akan dituju.

Namun, tragedi yang menimpa tidak bermakna sumbangan dan bantuan kepada rakyat Somalia juga terhenti! Saya menyeru semua rakyat Malaysia agar terus menghulurkan bantuan wang ringgit kepada saudara-saudara seIslam kita di Somalia yang sedang menderitai kebuluran dan kepayahan hidup disebabkan kemarau panjang.

Salah satu saluran bantuan ialah melalui Global Peace Malaysia (GPM) yang sudah menggerakkan usaha-usaha awal bantuan. Fasa pertama bantuan yang dikumpulkan sepanjang Ramadan lalu juga sudah diserahkan kepada rakan di sana iaitu Pertubuhan ZamZam. 

Silalah layari laman web GPM di www.gpm.com.my untuk kita sama-sama terus menyumbang wang ringgit.


3 maklum balas:

akuanakpahang said...

Al-Fatihah kepada Allahyarham Noramfaizul.

LIPISLADY said...

Sallam En Hisyam,

Al-Fatihah buat Allahyarham Noramfaizul, Semuga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang soleh.

APAN said...

kalau nak diikutkan hati ni, mmg aku nak salahkan pihak penganjur tu gak...tah la.bila tengok je rasa sakit hati dah...
tpi betul la tu, tak guna gak nak tuding menuding ni.x boleh setel gak...
harap lepas ni ada la penambahbaikan kpd yg akan join misi2 bantuan...

Post a Comment

Powered by Blogger.