05 September, 2011

Sebulan Melatih Sabar Untuk Jemm 10 Jam


Setiap kali tiba musim perayaan, topik yang dibincangkan semasa menziarah sanak saudara adalah kesesakan lalu lintas. Di lebuh raya pun sesak, di jalan persekutuan pun sesak, di jalan negeri pun sesak, di jalan kampung pun sesak. Realitinya sekarang, hari raya sekarang sudah sinonim dengan kesesakan jalan raya.

Memang tidak dinafikan kesesakan adalah menyusahkan, memeningkan, mencabar kesabaran. Apatah lagi jika semasa terperangkap dengan kesesakan, anak-anak pula buat perangai dalam kereta. Mungkin juga minyak sudah di paras-paras hidung. Clutch juga mungkin bermasalah. Lutut terseksa dan terketar-ketar.

Maka di sinilah ujian Allah yang kita sama-sama tidak sedar. Allah menarik sedikit kesenangan hidup dan memberikan sedikit kesusahan hidup.

Ujian kesesakan jalan raya wajar kita terima sebagai ujian Allah kepada semua hambaNya. Ini kerana, selama sebulan kita bersabar untuk menahan lapar dan dahaga kerana itu syariatNya. Maka elok jugalah sifat mahmudah Sabar itu kita teruskan di dalam hari-hari selepas Ramadan. 30 hari lamanya kita melatih diri bersabar, untuk digunakan di atas jalan raya di mana kita terperangkap dalam kesesakan selama 10 jam.

Kata kuncinya ialah Sabar. Carilah hikmahnya semasa kesesakan.

1 maklum balas:

APAN said...

bersabor je la ye...lom penah lagi kena sesak2 berjam-jam...alhamdulillah lancar je perjalanan...lagipun naik moto je skang.huhu...

Post a Comment

Powered by Blogger.