08 October, 2011

Belia Dan Bajet 2012


Dalam pembentangan Bajet 2012 petang tadi, inisiatif kepada golongan belia tidak dilupakan oleh Perdana Menteri. Sebagai aktivis pertubuhan belia, sudah tentu saya dan rakan-rakan mengalu-alukan sebarang bentuk sokongan kepada gerak kerja belia di negara ini.

Antara lain intipati Bajet 2012 yang berkaitan dengan belia adalah seperti berikut :
  1. RM320 juta bagi menjalankan pelbagai aktiviti termasuk latihan kemahiran, program kepimpinan, daya tahan dan keusahawanan di peringkat daerah dan negeri termasuk sumbangan kepada Majlis Belia Malaysia, Majlis Belia Negeri dan Majlis Belia Daerah
  2. RM200 juta untuk dana permulaan bagi menubuhkan sebuah syarikat modal teroka milik Kerajaan yang bernama MyCreative Venture Capita
  3. RM200 juta untuk latihan dan kemahiran belia yang tidak meneruskan pengajian persekolahan melalui Program Strategik untuk Belia 1Malaysia atau Strategic Action for Youth atau SAY 1Malaysia
  4. RM15 juta bagi membina 150 gelanggang futsal tambahan agar matlamat Satu Gelanggang Satu Mukim dapat dicapai
  5. beberapa lagi peruntukan yang berkait langsung dengan kegiatan sukan.
Nah, saya mahu tumpukan kepada pekara no. 1 iaitu peruntukan RM320 juta untuk kegiatan belia. Ini jumlah yang mencukupi untuk menganjurkan pelbagai kegiatan belia di seluruh negara. Jika dirangka dengan kemas, insyaAllah semua belia di negara ini akan terbangun potensinya.

Namun, dalam banyak-banyak aktiviti belia, PM menyebutkan secara khusus empat bentuk kegiatan iaitu latihan kemahiran, program kepimpinan, daya tahan dan keusahawanan. Ini bermakna, dalam banyak-banyak aktiviti yang akan dianjurkan nanti, persatuan-persatuan belia, Kemeterian Belia, Jabatan Belia Negeri dan Pejabat Belia Daerah perlu pastikan yang 4 bentuk kegiatan ini diberikan keutamaan dahulu.

Inilah antara bidang penting dalam pembangunan modal insan-belia dan bukan kegiatan-kegiatan berorientasikan hiburan, pesta-pestaan, libur-santai yang hanya meruntuhkan.

5 maklum balas:

suri said...

budget yang kira ok dair sebelumnya heeee

suri said...

bro cntik theme..baru tukar ker hee...

nmok kemas susun and teratur

Hisyam Muhibah said...

Suri - yang penting, bajet mesti memberi keuntungan kepada rakyat. Theme baru? haha sebab ada tersilap setting pada theme sebelum ni sampai jadi huru hara, terus tukar theme baru

Niena Pengembara Ilahi said...

erm...smoga ini mmbawa kesan yg baik kpd rakyat kta :)

Hayati A.G said...

diharapkan belia-belai mengambil peluang ini sebagai satu titik masa depan yang lebih cerah:-)ameen!

Post a Comment

Powered by Blogger.