16 October, 2011

Cuti Tersepit; Dilema Vs Happy


Malaysia ni banyak sangat cuti umum sebab rakyatnya berbilang kaum dan agama. Maka banyaklah perayaan yang akan disambut. Selain itu, sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan yang kita amalkan juga telah menetapkan hari-hari penting untuk disambut.

Ini bermakna, di Malaysia, memang banyak cuti umum!!

Cuti umum memang bagus dan sangat disukai oleh semua rakyat Malaysia. Ini lah masanya tumpuan boleh diberikan lebih sedikit kepada urusan selain kerja. Hal ehwal keluarga, hobi, kegiatan masa lapang dan aktiviti sosial boleh dilakukan.

Namun, apabila banyak sangat cuti, kadangkala menjadi dilema juga. Contohnya, hujung bulan Oktober, negeri Pahang akan berdepan dengan cuti tersepit. 24/10 adalah cuti umum sempena Keputeraan Sultan Pahang manakala pada 26/10 pula cuti umum sempena Deepavali. Tetapi 25/10 adalah hari kerja biasa.

Semua pekerja mahu bercuti panjang dengan memohon cuti rehat pada 25/10 supaya boleh bercuti dari hari Sabtu sehingga Rabu - 5 hari. Banyak aktiviti boleh dilakukan.

Namun, dilema lah kepada pegawai-pegawai yang hendak meluluskan cuti. Kalau beri semua cuti, maka tutuplah operasi pejabat pada hari Selasa. Kalau ada yang beri dan ada yang tak beri, akan menimbulkan sok sek sok sek di belakang.

Dalam masa yang sama, boss sendiri pun mahu cuti panjang jugak..

3 maklum balas:

APAN said...

haha...cuti tersepit gelaran diberi ek...
kawan dah apply cuti dah ni, bos pun baru je approve...siap amek khamis ngan jumaat terus...huhu...

Suara Kalbu said...

Kebiasaannya memang ramai yg akan ambil kesempatan bercuti di waktu cuti sebegitu.

Cuti Deepavalli jatuh hari Rabu, di opis saya sudah ramai yang mohon bercuti Khamis Jumaat supaya boleh disambungkan terus dgn Sabtu dan Ahad.

Hayati A.G said...

tapi kerja waktu orang cuti memng best, tersa bekerja dlm library, mmg boleh concentrate dan fokus

mungkin boleh wat giliran bercuti di kalangan staf.means setiap jabatan akan ada pegawai bertugas...

Post a Comment

Powered by Blogger.