12 October, 2011

Iktibar Kes Gereja dan JAIS


Dengan tersiarnya kenyataan Sultan Selangor, maka isu berkaitan dengan pemeriksaan pegawai penguatkasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas majlis Thanksgiving Dinner yang diadakan di Dewan 3, Kompleks Dream Centre di Seksyen 13, Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu boleh dianggap selesai. Selesai bagi saya adalah pada peringkat pelaksanaan pemeriksaan tersebut dilakukan.

JAIS juga melaporkan bahawa tiada bukti yang cukup untuk membuat pendakwaan. Maka, soal teknikal boleh tutup buku.

Namun, aspek yang belum selesai bagi saya ialah terdapat cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan akidah umat Islam. Sultan Selangor dalam kenyataannya menyebut dengan jelas perkara ini sehingga menyebabkan Tuanku berasa tersinggung.

Aspek ini tidak boleh tutup buku lagi, ini isu ummat, isu agama, isu akidah. 

Tanpa mengabaikan peranan faktor luaran yang menekan, kita sebagai ummat Islam perlu menilai faktor dalaman apabila membicarakan tajuk mempertahankan akidah. Ilmu pengetahuan yang mantap mengenai pelajaran akidah perlu benar-benar diberikan perhatian serius oleh semua pihak.

Penyebaran dakwah dan ilmu pengetahuan harus terus diberikan ruang yang luas. Program-program kesedaran kepada ummat Islam sendiri berkaitan akidah perlu disokong dan disertai. Dengan harapan, ilmu dan kefahaman yang mantap akan menjadi benteng kepada pertahanan akidah jika diasak oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Selain itu, perlu juga dikaji semula semua bentuk bantuan dan sumbangan kepada ummat Islam yang dihimpit oleh kesusahan dan kemiskinan dalam hidup. Benarlah sabda Rasulullah SAW yang mengaitkan kefakiran itu dengan kekufuran. Dalam pada institusi agama Islam sendiri tidak dilihat sebagai saluran untuk menyelesaikan masalah kesusahan dan kemiskinan, kita jangan pula cepat melenting apabila institusi agama lain dengan begitu mudah membuka pintu mereka kepada saudara-saudara seIslam kita.

Marilah, kita mengambil iktibar.

3 maklum balas:

LIPISLADY said...

Assalamualaikum,

Harap Institusi agama Islam lebih peka tentang kesusahan rakyat yang beragama Islam, serta berusaha untuk memperbanyakkan lagi aktiviti yang berkaitan keagamaan dan akidah, baik di sekolah-sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi. Telah tiba masanya Institusi agama Islam negara ini bertindak secara proaktif sebelum institusi agama lain menjadi lebih kuat dan tidak terkawal tindakannya. Kalau boleh tiru sahaja apa yang mereka lakukan kerana itu yang rakyat mahukan. Orang yang fakir dan kurang ilmu agama akan lebih mudah untuk diterapkan nilai akidah apabila nasib mereka terbela..

Hisyam Muhibah said...

Kak LL - keh suke hek ayat hok ni "Kalau boleh tiru sahaja apa yang mereka lakukan kerana itu yang rakyat mahukan."

Hayati A.G said...

kena ada misi selamatkan ummah..
mmg semua harus memainkan peranan yg penting...

saya permah berjumap degn seorang gadis bwh umur yg sdg menagndung anak luar nikah sedang melarikan diri dari gereja yang menawarkan bantuan perlindungan..Masha Allah...

agaknya kita ni masih kurang prihatin dlm mmberi sumbangan kepada rakan seagama kita walaupun dia telah membuat satu kesalahan, dan pihak" sana" cuba mengambil kesempatan utk membantu..sedih!

Post a Comment

Powered by Blogger.