17 October, 2011

Jauhi Kegiatan Perjudian di Kafe Siber


Asal kewujudan kafe siber adalah untuk menyediakan perkhidmatan melayari Internet kepada sesiapa yang tidak mempunyai akses Internet sendiri di rumah. Selain melayari Internet, pengunjung juga boleh bermain permainan komputer yang disediakan. Maka, ramailah pengunjung yang datang ke kafe siber untuk melakukan urusan masing-masing yang berkaitan dengan Internet.

Apabila dunia makin berkembang, teknologi semakin pesat, sudah tentu fenomena peruntuh gejala sosial akan berkembang sama. Bukan semata-mata setakat kandungan Internet yang pelbagai bentuk menjadi ancaman kepada masyarakat. Sekarang, mesin-mesin komputer di kafe siber yang disambung menggunakan sistem rangkaiannya boleh menawarkan permainan komputer berangkaian sehinggalah kepada perjudian.

Seruannya mudah sahaja. Jauhilah semua aktivit perjudian, baik berbentuk konvensional mahupun secara elektronik.

Dalam buku berjudul Meniti Jalan Suci tulisan Wan Mohd Ruzlan Wan Omar terbitan PTS Publications, penulisnya menjelaskan bahawa orang yang berjudi bersikap malas berusaha dan hanya mengharap untung nasib semata-mata. Ianya akan mendorong seseorang menjadi rakus dan tamak, selain akan menyebabkan permusuhan sesama manusia. Lebih memburukkan perjudian juga akan menyebabkan kerosakan rumah tangga selain kesan kepada perkembangan ekonomi apabila seseorang diisytiharkan muflis kerana beban hutang akibat berjudi.

Maka, janganlah dirosakkan perniagaan kafe siber dengan kegiatan perjudian elektronik. Kafe siber sepatutnya menjadi tempat untuk melayari Internet dan mendapatkan maklumat-maklumat boleh dikenakan tindakan tutup dan sita jika kegiatan perjudian disediakan. Ini hanya akan menyusahkan semua orang.

Undang-undang sangat jelas apabila termaktub di dalam Seksyen 4(1)(b) Enakmen Hiburan 1993 dan Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. Jika disabitkan kesalahan, kaki judi akan dikenakan denda maksimum RM100,000 serta hukuman penjara tidak melebihi lima tahun. Hukuman kepada pemilik premis juga diwujudkan.

1 maklum balas:

Hayati A.G said...

biasanya pengguna siber cafe adalah pelajar pelajar sekolah...

dan pemilik premis sepatutnya memainkan peranan yang penting dan bukannya merosakkan generasi Y melalui medium siber. ..:-)

Post a Comment

Powered by Blogger.