14 October, 2011

Pengajaran Qabil dan Burung Gagak

Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi supaya, diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya. (Qabil) berkata: "Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku?". Kerana itu menjadilah ia dari golongan orang-orang yang menyesal.  
Surah Al-Maidah : 31

Pagi Jumaat ini marilah kita sama-sama bertazkirah mengenai agama kita.

Ayat 31 daripada Surah Al-Maidah ini sangat memberi kesan kepada sesiapa yang membacanya. Intipatinya adalah petunjuk kepada orang yang membuat kerosakan di muka bumi, dalam kes ini adalah pembunuhan pertama manusia di atas muka bumi ini , iaitu Qabil membunuh Habil selepas peristiwa pemilihan korban bagi menyelesaikan pertikaian perkahwinan sebagaimana yang disyariatkan pada masa itu.

Qabil seorang ikon yang sombong, tidak mahu patuh kepada syariat, melakukan korban secara sambil lewa serta pembunuh pertama manusia di atas muka bumi. Selepas dia membunuh saudaranya Habil, dia menjadi buntu kerana tidak tahu apa yang hendak dibuat kepada mayat saudaranya. Maklumlah, ini adalah pembunuhan dan kematian pertama dalam sejarah dunia!

Diceritakan juga, Qabil terpaksa memikul mayat Habil ke sana sini tanpa tahu berbuat apa-apa sehingga satu tempoh masa yang lama.

Sehinggalah pada suatu hari, Allah mengutuskan 2 ekor burung gagak yang hinggap di depan Qabil. Salah seekor burung gagak telah membunuh seekor yang lain dan kemudiannya mengorek-ngorek tanah dan menimbus bangkai gagak yang mati itu. Barulah, Qabil mendapat ilham untuk menguruskan jenazah Habil iaitu dengan menanamkannya.

Pengajarannya, orang yang melakukan kerosakan di muka bumi memang tidak disukai oleh Allah dan makhluk yang lain. Sehingga dia hanya layak untuk belajar daripada seekor burung gagak yang hitam, pengotor, makan sampah dan berbunyi bising. Begitulah penghinaan yang diberikan kepada manusia yang melakukan kerosakan di muka bumi. 

Zaman sekarang, kalaupun tiada burung gagak yang datang memberikan pengajaran, orang yang melakukan kerosakan tetap dianggap hina dan tidak diterima oleh masyarakat umum.

4 maklum balas:

nyanyisunyi said...

Assalamualaikum..
jika kita rajin mengkaji isi AlQuran maka terlalu banyak yg dapat kita pelajari dn jadikan panduan.

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam, ada kan jasa burung gagak kepada manusia walaupun rupanya tak secantik burung yang lain.. Wallahualam...

APAN said...

setiap mende yg ALLAH tunjuk, mesti ada hikmahnya...kalau x, smpai bila la dok bawak mayat tu...

Hayati A.G said...

suka sangat kata kata penutup en HM..
tapi zaman skrg seolah mcm dh kalis dgn aggapan hina masyarakat,seolah2 rasa malu nak membuat kejahatan dan kerosakan itu "hilang" mcm tu saja.puncanya, sombong..huhu..

Post a Comment

Powered by Blogger.