07 October, 2011

Tawaran Saham Akhirat; Menderma Untuk Pembangunan Surau

 

Sempena dengan hari Jumaat yang mulia ini, saya mengambil kesempatan untuk menghebahkan projek mengumpul dana untuk membesarkan Surau Fatimatuzzahra, surau di Perkampungan Indera Sempurna, Jalan Pekan, Kuantan. Saya tinggal di taman ini dan bersolat di surau ini.

Baru-baru ini surau kami ini telah diberikan kebenaran untuk mengadakan solat fardhu Jumaat. Justeru, AJK surau telah berusaha untuk membesarkan surau dan telah berjaya dengan rancangan pembangunan fasa 1, iaitu pembesaran ruang sembahyang bahagian kiri dan kanan surau. 

Kini, pelan rancangan pembangunan Fasa 2 telah dimulakan. Pembangunan kali ini akan meliputi pembesaran ruang belakang surau dan pembinaan tandas berasingan. Sehubungan dengan itu juga, Tabung Derma Pembangunan Fasa 2 dilancarkan secara rasmi pada 30 September 2011 dengan sasaran kutipan sebanyak RM 100,000.00. 

Sebarang sumbangan bolehlah disalurkan terus ke dalan akaun Bank Islam bernombor 06-019-01-007193-4 atau boleh hubungi Bendahari Surau iaitu Ustaz Sayuti di talian 019-9887822.

Maklumat mengenai program-program surau boleh diperolehi daripada laman blognya http://suraufatimahazzahra.blogspot.com


5 maklum balas:

Miecyber said...

Insya Allah, sumbangan dari saya akan menyusul...


Kantoi

LIPISLADY said...

Sallam,

Alhamdulillah, semakin ramai kariah di surau tu, sehingga dah diberi kebenaran untuk bersolat Jumaat disitu.

Hisyam Muhibah said...

Tuan Miecyber - terima kasih bebanyok

Puan LipisLady - ya, penduduk makin bertambah, sesuailah dibenarkan solat Jumaat

suri said...

ada menderma pasti lebih indah..yg kurg mmpu sedekah apa yg ada..makn munim ker utk org yg sedang mmbina masjid/surau tu heeeee

Hisyam Muhibah said...

Suri - derma ikut kemampuan kita

Post a Comment

Powered by Blogger.