28 October, 2011

Tazkirah : Penerima Bantuan


Sempena hari Jumaat yang mulia ini, marilah kita ingat mengingati mengenai perihal agama Islam yang kita sayangi ini.

Sudah tentu anda semua terdiri daripada golongan umat Islam yang sangat bermurah hati dan sentiasa menghulurkan derma kepada mereka yang memerlukan. Derma, sumbangan, infaq merupakan satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam. Ianya akan mendekatkan lagi diri kita dengan umat Islam lain yang tidak bernasib baik atau ditimpa musibah.

Namun, siapakah golongan penerima sumbangan derma yang kita hulurkan? Sudah tentu ada aturannya menurut ajaran Islam itu sendiri.

Berdasarkan ayat Al-Quran daripada Surah Al-Baqarah : 215, Allah SWT menjelaskan :

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya). 

Maka, berdasarkan ayat di atas, golongan yang berhak menerima sumbangan derma kita adalah :
  1. ibu bapa
  2. kaum kerabat, adik beradik, sanak saudara
  3. anak-anak yatim
  4. orang miskin
  5. orang yang kesuilitan dan perjalanan
Seringkali kita berjumpa rakan-rakan yang pemurah dalam bersedekah kepada golongan yang memerlukan seperti anak yatim dan orang miskin, tetapi dia terlupa yang ibu bapa serta sanak saudara sendiri adalah lebih utama untuk menerima sumbangan derma mereka.

4 maklum balas:

akuanakpahang said...

Salam , Satu amalan yang mulia mendermalah pada yang hak terlebih dahulu.

Nizam said...

Bersedekoh lah mende yang kite sayang....

Hisyam Muhibah said...

En. Yassin AAP - bantu sedara mara kita hok susoh tu dulu..

Nizam JD - tu yang terbaik

Hayati A.G said...

setuju sangat, cari saudara mara yang rapat untuk bantu diaorang..tapi masalah sekarang, saudara sendiri susah nak kenal dan jarang berjumpa..hmmm...mcm mn tu?

Post a Comment

Powered by Blogger.