31 October, 2011

Tumpukan Kepada Dasar MBMMBI


Semua sudah sedia maklum bahawa Mesyuarat Kabinet pada 8 Julai 2009 telah membuat keputusan untuk memansuhkan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Di Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Pemansuhan ini bukan dibuat sekelip mata selepas menteri bangun daripada tidurnya kerana mendapat mimpi sebegitu, tetapi telah dirundingkan dalam persidangan meja bulat, kajian lapangan serta pelbagai saluran maklum balas telah disediakan.

Sebagai gantinya, Kementerian Pelajaran akan melaksanakan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).


Strategi utama memartabatkan BM ialah dengan menggunakannya sebagai bahasa pengantar untuk mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan menengah serta penambahbaikan terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia. Manakala startegi utama untuk memperkukuh BI pula dengan menambahbaik kurikulum BI, penyediaan guru dan bahan yang mencukupi lagi berkualiti.

Maka, eloklah kita beri tumpuan kepada pelaksanaan dasar baru sistem pendidikan kita ini. Suara-suara yang mahukan PPSMI dijadikan opsyen tidak melambangkan semangat kebersamaan untuk mengukuhkan sistem pendidikan negara. Walaupun, pihak-pihak yang memperjuangkan PPSMI mempunyai hujah dan alasan tersendiri, itu boleh dianggap sebagai kebebasan bersuara.

Daripada satu dasar, diubah menjadi dua dasar dalam satu iaitu BM dimartabatkan sebagai bahasa ilmu manakala BI diperkukuh sebagai bahasa komunikasi. Dengan penguasaan BI yang baik di kalangan pelajar-pelajar sekolah, Insya-Allah tiada masalah untuk mereka membuat rujukan dan pembacaan disiplin ilmu masing-masing di peringkat pengajian yang lebih tinggi lagi.

3 maklum balas:

Nafisa81 said...

Masa sekolah dulu takut bebenor dengan hari rabu..sbb wednesday is english day..

Hisyam Muhibah said...

Nafisa81 - kalau cakap BM, kena denda seposen

Hayati A.G said...

a,ah la teringat english day dulu..
tapi disebab kan tak tahu bahasa inggeris, saya banyak tulis surat bi mengikut program pen pal..

untung student sekrg, tak perlu bersusah payah praktis bi, dlm sains dan math pun dah boleh perbaiki bahasa, tetapi ingat bahasa melayu tetap no 1, kan bhs melayu pernah menjadi lingua franca satu ketika dulu?

Post a Comment

Powered by Blogger.