08 November, 2011

Ibadah Korban; Sudah Mapan, Tetapi Cuba Digoyah


Perkara pertama yang terdetik di minda ialah "Tolerance and Acceptance Masih Rapuh". Pelik dan kesal bersarang di benak fikiran apabila memikirkan perihal suara-suara yang cuba mengusik amalan ritual yang sudah mapan dalam masyarakat majmuk Malaysia. Dengan mencuba dari sudut yang terlalu remeh, jika petikan api ini tidak dipadamkan, ianya berpotensi untuk terus marak.

Dua hari sebelum umat Islam menyambut Aidil Adha, MCCBCHST yang pada Jumaat lalu menggesa supaya amalan menyembelih lembu-lembu tidak diteruskan di perkarangan sekolah dan tempat-tempat awam. MCCBCHST ini ialah gabungan NGO2 agama bukan Islam di negara kita. Menurut MCCBCHST, pihaknya kurang senang apabila aktiviti seperti itu dijalankan di hadapan penduduk pelajar yang berbilang kaum dan budaya, kerana ia tidak mengambil kira sensitiviti kanak-kanak sekolah dan masyarakat majmuk Malaysia.

Pilihan terletak di tangan  rakyat Malaysia yang bukan Islam. Jika mereka tidak berasa selesa, tidak perlulah datang ke lokasi-lokasi penyembelihan korban. Duduklah sahaja di rumah selain tidak perlu ambil tahu urusan ibadah orang Islam. Dalam masa yang sama, tambahkanlah pengetahuan mengenai ibadah korban ini melalui pembacaan dan perbincangan dengan orang Islam.

Kita tidak nafikan, lembu dianggap makhluk suci bagi agama lain. Namun, berada dalam negara majmuk budaya, bangsa dan agama, penganut agama lain juga perlu menerima dan memahami bahawa amalan ibadah korban adalah sesuatu dituntut dalam agama Islam. Inilah namanya tolerance dan acceptance dalam masyarakat majmuk.

Tidak perlu timbulkan isu lokasi penyembelihan yang terlalu remeh. Jika pergi ke pasar, daging-daging dijual secara terbuka, sudah tentu ianya sudah disembelih. Kemudian, dipotong-potong dan disiat-siat apabila ada orang mahu membelinya. Adakah selepas ini, daging lembu juga tidak lagi sesuai dijual di pasar-pasar terbuka?

P/s : “Mapan” ialah kata adjektif yang membawa maksud kukuh atau mantap. Seseorang penulis dikatakan “mapan” apabila kedudukannya sudah kukuh atau stabil dan dikenali ramai. Padanan dalam bahasa Inggeris bagi kata “mapan” ialah established. (sumber)

3 maklum balas:

Suara Kalbu said...

Salam,

Sebetulnya saya mungkin terlepas untuk mengikuti isu yang ditimbulkan ini. Bila membaca entry tuan, baru saya tahu bahawa adanya isu seperti ini.

Say bersetuju dengan pendapat tuan. Kalau kita boleh bertoleransi dengan tidak menghidangkan hidangan yang menjadi larangan kepada agama lain, lalu mengapa mereka juga tidak boleh menghormati kita. Pilihan terletak di tangan masing-masing untuk saling bertolak ansur, memahami dan menghormati antara satu sama lain.

LIPISLADY said...

Sallam,

Semakin akhir zaman, semakin tercabar Ugama Islam, ada2 saja perkataan dan perlakuan dari agama lain yang menyinggung sensitiviti umat islam khususnya di Malaysia, sedangkan Ugama resmi Malaysia adalah Islam.

Nafisa81 said...

ditimbulkan oleh org2 yang bertuhankan lembu la kott...kalau kat johor,..mapan tu...membetulkan kedudukan tidur untuk lebih slesa...contoh kalau tidur depan tv, pastu dikejutkan..'pergi mapan dalam bilik...'

Post a Comment

Powered by Blogger.