23 November, 2011

Memilih KIPSAS Kerana Yurannya Murah


Jika ada adik-adik kita atau saudara mara, jiran tetangga yang masih belum melanjutkan pengajian ke peringkat tertiari -- pengajian tinggi, jangan lepaskan peluang untuk memohon menjadi pelajar Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS). KIPSAS sedang membuka pendaftaran pelajar baru bagi sesi kemasukan Disember 2011.

Tarikh pendaftaran ialah pada 30 November 2011.

Dengan syarat kemasukan ialah 3 kredit dalam SPM (perlu kredit Matematik untuk bidang IT dan Akaun), peluang untuk melanjutkan pengajian sudah terbuka luas untuk anda.

Bidang-bidang pengajian yang ditawarkan ialah Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pengajian Pengurusan dan Pengajian Islam.

Ada beberapa sebab KIPSAS menjadi pilihan pelajar-pelajarnya :
  1. Sudah tentulah kadar yurannya yang sangat murah. Jumlah sekitar RM15,000 untuk 3 tahun tempoh pengajian.
  2. Kemudahan yang lengkap termasuk asrama untuk semua pelajar.
  3. Akderitasi MQA untuk semua program pengajiannya.
  4. Peluang melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah yang terjamin kerana pakatan yang dibina di antara KIPSAS dengan IPTA.
  5. Mengutamakan kecemerlangan seimbang di antara akademik dan sahsiah
Ayuh, jangan lepaskan peluang. Layari laman web KIPSAS di www.kipsas.edu.my .

2 maklum balas:

APAN said...

lecturer kat situ kan bro?

Hayati A.G said...

KIPSAS -sudah menjadi pilihan ramai sekarang..tahniah!

Post a Comment

Powered by Blogger.