04 November, 2011

Seksualiti Merdeka Jelmaan Baru Kaum Nabi Luth


Sejarah akan berulang dalam peredaran zaman. Pelakunya sahaja yang berubah, plot dan pengajarannya tetap sama. Apatah lagi jika sejarah itu tercatat di dalam kitab suci Al-Quran, pedoman hidup sekalian umat Islam dan tidak keterlaluan jika dikatakan pedoman untuk bukan Islam juga.

Apabila hak asasi manusia menjadi 'agama' , di manakah pedoman atau rujukan yang diambilnya? Apakah kitab yang menjadi rujukan penganut agama hak asasi manusia ini? Dari mana sumber ajarannya? Siapa ketua ajarannya?

Apabila perbuatan luar tabii yang memang jelas diharamkan dalam agama Islam dan agama-agama lain, hendak dirasional penerimaannya atas nama hak asasi manusia, itu bermakna agama bukan lagi menjadi pedoman hidup. Subjek 'manusia' kerana kehebatan akal fikiran dalam mencipta, menaakul dan menafsir diagung-agungkan sehingga membelakangkan pedoman agama, tata susila dan kesopanan, serta adat resam budaya tempatan. Sedangkan manusia hanyalah makhluk yang hina di sisi Penciptanya. Akal fikiran manusia sangat terbatas. Ilmu manusia hanyalah setitik daripada selautan ilmu Penciptanya.

Sikap dan pendirian yang jelas perlu ada dalam diri setiap rakyat terhadap usaha untuk mengarus perdanakan kegiatan yang tidak selari dengan norma kehidupan, apatah lagi ajaran agama. Bantah, tolak, halang ianya daripada mendapat perhatian meluas.

Dalam masa yang sama, didiklah mereka yang berada dalam lingkungan pengaruh kita tentang bahayanya kegiatan di luar tabii ini. Kukuhkan ilmu agama dan jadikannya amalan sebagai benteng pertahanan kepada sebarang cabaran yang sungguh menggila ini.

Iktibar daripada kisah Nabi Luth dan kaumnya yang mengamalkan homoseksual dan lesbian sepatutnya menjadi panduan yang sangat berkesan. Surah al-A'raf ayat 80 - 84 sangat jelas memberikan panduan :

Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?(80) "Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas". (81) Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata: "Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri".(82) Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah ia dari orang-orang yang dibinasakan.(83) Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan.(84)

3 maklum balas:

ROJAK said...

gelilah gay2 ni...gilalah siap nak buat festival lak macam jom heboh

a loqman said...

itulah kalau kita lemah ..pasti kena tekan

titan said...

tak suka gay dan lesbian. grr.

Post a Comment

Powered by Blogger.