15 November, 2011

Singgah Solat 1 : Vistana Hotel, Kuantan

 

Sudah lama saya mahu menulis entri mengenai tempat-tempat solat yang bukan surau atau masjid. Insya-Allah, bermula dengan entri yang pertama ini, setiap kali saya singgah untuk solat di mana-mana tempat, saya akan membuat entri mengenainya.

cermin juga disediakan
SS1 ialah di Surau Vistana Hotel, Kuantan. Saya singgah solat di sini kerana menghadiri Seminar Pemantapan Laman Web/Portal Agensi/Jabatan Kerajaan Negeri Pahang pada 10/11/2011 lalu.

Impresi pertama adalah SANGAT BAIK. Disebabkan surau ini berada di dalam sebuah hotel, maka sudah tentulah keadaan dijaga rapi. Dengan sistem pendingin hawa yang berpusat, solat dapat ditunaikan dengan selesa. Lantai surau dilengkapi dengan karpet untuk menambahkan lagi keselesaan bersolat.

tempat mengambil wuduk yang bersih
Ruangnya tidak terlalu besar. Jika diadakan solat berjemaah, seramai 12 orang boleh memenuhi ruang solat. Kemudahan-kemudahan lain juga disediakan seperti tempat wuduk, cermin dan sejadah.

Komen saya satu sahaja iaitu ketiadaan naskah Al-Quran disediakan di dalam surau ini (atau saya terlepas pandang). Selain itu, elok juga disediakan beberapa buah buku agama. Selepas selesai menunaikan solat, sudah tentu ada pengunjung yang mahu mengisi sedikit masa dengan membaca Al-Quran dan menambahkan ilmu pengetahuan mereka.

kapasiti 12 orang solat berjemaah
Kepada semua pengunjung Vistana Hotel, Kuantan, jangan lupa untuk memanfaatkan suraunya yang sangat selesa ini.

6 maklum balas:

Hayati A.G said...

salam..

saya suka segmen singgah solat en hisham..:-)

mudah untuk mengetahui mana2 tempat persinggahan utk solat:-)

sy sokong sgt2 singgah solat ni:-)

Yastro said...

Pernah tidur disini sekali sewaktu kembara proton 1 malaysia dulu. Antara hotel yg terbaik jugak nih...

chii said...

hurm..kalo xde al-quran..at least kalo ada surah yaasin pun..da memadai kan..

x pernah sampai lagi..setakat lalu je...tp mmg cantik bila tgk dari luar

APAN said...

surau hotel...mmg selesa la kot.cuma mungkin saiz yg kecik...
mcm kawan...penah saje2 test surau kat shahzan inn (betulkan kalau slh nama) yg kat masjid negeri tu.padahal dekat je nak gi masjid besar.tpi sebab membe kabo surau tu best.kawan pun follow la.bila masuk situ, boleh tengok pemandangan cantik padang mpk, masjid besar n taman kerang.huhu...

try la :)

Hisyam Muhibah said...

hayati AG - terima kasih atas sokongan. insyaAllah akan menyusul SS yang seterusnya.

Yastro - bilik tidur hotel kalau best, harapnya surau hotel jugak best

chii - betul tu, lepas solat belek surah Yassin pun insyaAllah dapat pahala

apan - nanti keh terai surau Shahzan Inn teh.

Shaiful Zaidi said...

Salam...moga pihak hotel buat sesuatu.
cth hotel yg menyediakan tempat solat terbaik- Hotel De Palma Ampang-surau yg boleh memuatkan ramai jemaah dan dibuat solat Jumaat. Azan juga kedengaran secara langsung di lobi hotel..

Post a Comment

Powered by Blogger.