14 November, 2011

Warga Raub Sejahtera Buktikan FB Bukan Sekadar Laman Sosial

Fenomena laman rangkaian sosial menjadi sejarah penting manusia moden dengan kemunculan Facebook. Dengan wujudnya Facebook, dunia komunikasi memang benar-benar berada di hujung jari. Fitur-fitur yang disediakan di dalamnya telah dimanfaatkan untuk pelbagai tujuan. Salah satu daripadanya ialah fitur Group yang membolehkan pengguna FB mewujudkan kumpulan-kumpulan untuk berkomunikasi dengan lebih spesifik berdasarkan topik yang khusus.
Apa yang pasti, FB hanyalah 'tool' sahaja. Terpulanglah kepada pengguna-pengguna untuk memanfaatkannya.

Sebagaimana yang dilakukan oleh penduduk daerah Raub di negeri Pahang yang telah mewujudkan group Warga Raub Sejahtera (WRS), mereka telah berjaya membuktikan FB bukan lagi sekadar laman sosial semata-mata. Group yang diwujudkan ini berfungsi melangkauai fungsi asasinya. Selain untuk menghimpun seberapa ramai orang raub di dalam group ini, ianya bermatlamat untuk memastikan kehidupan masyarakat di daerah Raub akan sentiasa sejahtera berdasarkan perkembangan semasa.

Ternyata perbincangan yang dibangkitkan bukanlah borak-borak kosong semata-mata. Isu-isu masyarakat setempat menjadi perbincangan serius sehinggalah mencari penyelesaiannya. Ini sedikit sebanyak menjadikan warga Raub sendiri telah berperanan aktif tanpa perlu terlalu mengharapkan pemimpin setempat untuk hal ehwal yang berkaitan dengan mereka.

Di antara usaha kesejahteraan yang dilakukan ialah memorandum kepada pengurusan Hospital Raub untuk menambahbaikkan perkhidmatan, perbincangan mengenai kemudahan-kemudahan awam, usaha-usaha kebajikan dan khidmat masyarakat serta penyebaran maklumat mengenai identiti Raub seperti loghat percakapan, masakan tradisi dan lain-lain.

Terbaharu apabila ahli-ahli group WRS ini telah berjaya berganding bahu untuk menganjurkan ibadah korban dan kenduri pada Hari Raya Aidil Adha lepas. Sambutan yang sangat menggalakkan telah diberikan oleh ahli-ahli WRS.

Ternyata, laman sosial akan menjadi lebih bermakna jika segala perbincangan di alam maya diterjemahkan ke dalam tindakan di alam realiti. Tahniah WRS!!




8 maklum balas:

akuanakpahang said...

Salam semakin muhibahlah deme org Raub yak .. kome di jerantut ada juge FB seumpama itu mmg meriah utk berkongsi pendapat dan pandangn bagi memajukan kawasan setempat.. tahniah org Raub.

Nafisa81 said...

balik raub kejap2 jer...tak puas rasa...nasib baik dudok taman muhibah...dapat rasa muhibahnya...

Shaiful Zaidi said...

Fb kalau digunakan secara berhikmah, besar faedahnya...

APAN said...

kalau betul cara, mmg ada guna pun fb ni...mmg bagus geng raub.ada gak like page orang pekan...tapi jarang sekali masuk...sukar lagi nak berkomunikasi ngan orang lain dlm tuh.huhu...

Yastro said...

bagus jugak ada FB tuk org Raub...sekurang2nya banyak info boleh dikongsi bersama...

Hisyam Muhibah said...

En. Yassin - bagusnya mereka ni, bincang bukan setakat dalam FB saja, dibuat tindakan di alam nyata

Nafisa81 - rumah oak lurong hok mane wehh.. mertua keh rumah muroh tamen muhibah teh..

Shaiful - umpama pisau lah, kalau chef yg pegang, dia memasak, kalau perompak yang pegang, dia membunuh

APAN - yg penting untuk kesejahteraan orang raub jugak

Yastro - elok oak join program2 atau gathering2 WRS ni..

Hayati A.G said...

setuju sgt, laman web fb ni bergantumg pada kita, kalu pandai cari channel yg baik, maka baiklah yg kita dapat.:-)

malah kita kan dpt perkongsian yg segera dan sepakat.:-) macam geng warga raub hehe tahniah:-)

Hisyam Muhibah said...

Hayati AG - pada saya, cabaran utama ialah menterjemahkan laman sosial dari alam maya ke alam nyata

Post a Comment

Powered by Blogger.