06 December, 2011

Pedoman Al-Quran Mengenai Hujan


Musim tengkujuh yang sedang melanda ketika ini memang membimbangkan semua pihak, terutama orang ramai yang tinggal di kawasan berisiko banjir. Ramalan banjir besar akan berlaku pada tahun ini bermula pada pertengahan Disember tidak dapat disangkal begitu sahaja. Ini kerana, dalam tempoh 2 minggu kebelakangan ini, sudah berlaku kejadian banjir di beberapa tempat di Pantai Timur. Banjir kilat juga datang menyapa kita seperti di Kajang dan Kuantan baru-baru ini.

Marilah kita meneliti ayat-ayat Al-Quran yang menyebutkan tentang hujan untuk sama-sama kita ambil iktibar.


Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya. (Al-Mu'minun:18)

Jelas dinyatakan oleh Allah SWT bahawa hujan diturunkan pada kadar yang ditetapkan. Apabila berada di bumi air hujan boleh menjadi banjir. Dengan kuasa Allah jua, banjir boleh dilenyapkan.

Justeru, sangat wajarlah kita kembali mengingati Allah dalam setiap keadaan dan masa termasuklah semasa musim hujan dan banjir ini. Selain kita membangkitkan faktor perbuatan manusia yang tidak menjaga alam sekitar, menebang hutan, penerokaan tanah, projek pembangunan sehingga menyebabkan banjir, jangan kita sama sekali lupa bahawa Allah sudah memberitahu yang Dialah menurunkan hujan sehingga boleh terjadinya banjir, dan Dialah jua yang akan menghilangkan banjir itu.

3 maklum balas:

akuanakpahang said...

Salam sahabat terima ksih diatas info dan peringatan.

Yastro said...

Peringatan bersama untuk manusia yg sering rakus terhadap alam.....:(

Nafisa81 said...

hmm kalau banjir tu di negeri Selangor, Kelantan, Kedah mmg kecoh dalam media...tapi kat Johor ni...Ujan sikit naik air tak masuk TV pun...erkk...

Post a Comment

Powered by Blogger.