14 December, 2011

Perkembangan Banjir Di Pahang


Berikut saya senaraikan 'updates' yang diambil daripada akaun Twitter @PBanjirPHG. Perkembangan sepanjang hari semalam, Selasa 13/12/2011 dan hari ini, Rabu 14/12/2011 sehingga jam 5.00 petang. Sebagaimana yang kita sedia maklum, setakat ini 4 daerah telah terjejas banjir iaitu Kuantan, Pekan, Rompin dan Raub.

1657H: 9 pusat pemindahan masih beroperasi dengan menempatkan 1735 mangsa dari 401 keluarga. 8 pusat pemindahan di Kuantan telah ditutup.  

1705H: Pusat pemindahan di Kuantan. 1.SMK Paya Besar 2.SMK Gudang Rasau 3.DOR PAKR Panching 4.BR Kg Soi 5. BR Kg Pahang.

1710H: Pusat pemindahan di Rompin. 1.SK Janglau 2.B.Raya Kg. Perpat 3.DOR Teluk Gading 4.B.Raya Sempayang 

1725H: Pusat pemindahan SMK Paya Besar telah ditutup. Semua mangsa telah kembali ke kediaman masing-masing. 

1945H:TERKINI.Cuma 8 pusat pemindahan masih dibuka di Pahang melibatkan 716 mangsa dr 167 keluarga. 4 buah di Kuantan dan 4 buah di Rompin.

2205H : Banjir kilat di Bandar Raub. Jalan dari Bandar Raub menghala ke Bentong mengalami kesesakan yang teruk. (Sumber: IPD Raub)

0816H: Statisitk banjir Bdr Raub. 1. Dewan Kuil Subramaniam (78 mangsa dr 14 keluarga) 2. B.Raya Kg. Tok Machang (40 mangsa dr 8 keluarga)

1300H: 3 pusat pemindahan masih dibuka di Kuantan dan 2 di Raub. Semua pusat pemindahan di Rompin telah ditutup.

1600H: Keadaan banjir di Pahang semakin pulih. Cuma 4 pusat pemindahan masih dibuka dengan menempatkan seramai 136 mangsa dari 31 keluarga.


5 maklum balas:

Nafisa81 said...

ade juga kekawan raub uplod gambo kat facebook...kat kg. gali teruk juga..sangkat dada org tua jugak la airnya..

Hisyam Muhibah said...

depan Lhdn tu sangkat pinggang..

Yastro said...

Hmmm...rasa2nya lama tak dengo berita pasal Raub banjir...kali ni boleh tahan juga teruknya yerrr...

Seri Bahasa said...

teruk juga kalau tengok gambar2 tu...harap2 takde melibatkan kemalangan jiwa...

model pakaian grosir said...

info2 bermanfat thanks yahh

Post a Comment

Powered by Blogger.