03 January, 2012

Jangan Tahun Saja Yang Baharu


Hari ini masuk hari ketiga kita menerima kehadiran tahun baharu 2012. Tahun 2011 sudah pergi meninggalkan kita dengan segala macam kenangan. Kini, 2012 berada bersama-sama dengan kita dengan segala macam pula harapan dan perancangan.

Walaupun menyambut tahun baharu Masihi ini bukanlah dituntut dalam ajaran Islam (kerana Tahun Baharu Hijrah itu lebih utama), ianya boleh dijadikan landasan untuk melakukan perubahan dalam diri. Dengan azam dan tekad yang baharu, umpama buka buku baharu, sasaran baharu akan digariskan dan cuba dicapai sepanjang tahun yang baharu ini. Sudah tentulah kita mengharapkan pencapaian baharu yang memberikan lebih manafaat kepada kita semua.

Maka, amat rugilah jika hanya tahun saja yang bertukar baharu, tetapi sikap, cara kerja, cara berfikir, cara bertindak tetap kekal dengan cara lama bawaan tahun-tahun sebelum ini. Tinggalkanlah perkara yang tidak elok di mata agama dan masyarakat, berganjaklah ke arah cara hidup yang lebih baik dan diberkati.

Sesuailah dengan sepotong ayat Al-Quran daripada Surah Al-Maaidah ayat ke 104, kita diingatkan bahawa ALlah SWT memusuhi orang tidak mahukan perubahan yang baik dan membina seperti yang diwahyukan oleh Allah dan yang disampaikan oleh Rasululullah semata-mata kerana sikap yang tidak mahu berubah :
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah menurut kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (Al-Quran), dan kepada RasulNya (yang menyampaikannya)", mereka menjawab: "Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya". Adakah (mereka akan menurut juga) sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat hidayah petunjuk?


3 maklum balas:

Ieda Al-Habsyi said...

salam tahun baru! :)

relevan Sokmo said...

ye Slm tahun baru juge..

Yastro said...

As Salam dan selamat tahun bari bro Hisyam...
Semoga tahun ni lebih baik dari tahun lepas...insyaallah.

Post a Comment

Powered by Blogger.