22 January, 2012

Koperasi Warga Sejahtera Raub Berhad; Merealisasikan Komitmen Alam Maya Ke Alam Nyata


Dalam entri sebelum ini saya pernah menulis mengenai Warga Raub Sejahtera Buktikan FB Bukan Sekadar Laman Sosial. Warga Raub Sejahtera (WRS) merupakan sebuah group Facebook yang menghimpunkan anak-anak warga Raub di alam Facebook. Apa yang menarik, group FB WRS ini bukan semata-mata bertujuan untuk menghubungkan ahli-ahlinya secara maya, tetapi ianya telah menjadi 'beyond virtual' dengan gerak kerja khusus di alam nyata.

Terbaharu, pada hari ini 22/01/2012, telah tertubuhnya secara rasmi Koperasi Warga Sejahtera Raub Berhad (WSRB). Koperasi ini telah merealisasikan hasrat pentadbir group FB WRS dan ahli-ahlinya supaya satu platform alam nyata perlu diwujudkan bagi tujuan menjaga kebajikan dan mengeratkan silaturrahmi di kalangan ahli-ahlinya.

Dengan kehadiran dan pendaftaran ahli seramai 51 orang pada hari penubuhannya, Koperasi WSRB sudah merangka gerak kerja untuk melibatkan diri dalam bidang kepenggunaan, perkhidmatan dan pembinaan. Pendaftaran ahli baru dikenakan sebanyak RM10.00 seorang, manakala saham minima adalah sebanyak RM300 dan maksima adalah 5% daripada nilai aset koperasi.

Seramai 15 orang pula telah dipilih sebagai Ahli Lembaga Pengarah (ALP) yang bertanggungjawab untuk menjadi pemandu kepada Koperasi WSRB ini. 3 orang lagi telah dipilih sebagai Juruaudit Dalaman kepada Koperasi WSRB. Lebih menarik adalah ALP adalah gabungan ahli-ahli yang berpengalaman, sedia mencurahkan ilmu dan berkongsi idealisme, selain ahli-ahli yang muda belia yang sentiasa komited untuk melaksanakan gerak kerja operasi pada tahap yang optimum.

Semoga permohonan pendaftaran Koperasi WSRB yang akan dimajukan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) diberikan kemudahan oleh Allah SWT. Didoakan juga koperasi ini benar-benar dapat berfungsi sebagaimana yang diharapkan oleh semua ahli group FB Warga Raub Sejahtera (WRS).

3 maklum balas:

Yastro said...

satu usaha yang bagus buat org2 Raub...

Hisyam Muhibah said...

Yastro - sepakat membawa berkat..

LIPISLADY said...

Sallam En Hisyam,

Daerah2 lain juga patut mencontohi usaha orang2 Raub ni...Syabas orang2 Raub.

Post a Comment

Powered by Blogger.