16 January, 2012

Menilai Impak 901 Di Luar Konteks Politik


Selepas seminggu, rakyat masih memperkatakan mengenai 901 iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada pertuduhan liwat yang dikenakan ke atasnya. Parti-parti politik sudah tentu mempunyai ulasan mereka terhadap keputusan hakim tersebut. Namun, kes yang berjalan selama 2 tahun itu hanya dilihat dan dinilai dari sudut kepentingan dan manafaat politik sahaja.

Maka, selepas seminggu, elok juga dinilai samada 901 juga mempunyai impak kepada masyarakat keseluruhannya dan tidak semata-mata dalam konteks politik kepartian. Bermakna, kita perlu pergi 'beyond politic' untuk melihat 901 dari sudut yang lebih luas - sesuatu yang tidak mudah.

Pemerhatian saya begini sahaja :
  1. keprihatinan masyarakat terhadap sistem undang-undang meningkat naik (saya tiada data) dengan mengambil tahu seksyen-seksyen yang terdapat dalam undang-undang, peringkat-peringkat perbicaraan dan teknikaliti dalam pertuduhan dan perbicaraan.
  2. keprihatinan masyarakat untuk menjadikan fakta sebagai pegangan dalam menentukan sikap terhadap sesuatu isu, dengan mendapatkan maklumat yang sahih serta diyakini sebelum disebarkan. Dalam masa yang sama, mengelak untuk menyebarkan maklumat-maklumat yang tiada asas atau direkacipta.
  3. menyertai wacana khusus yang ilmiyah terutama berkaitan dengan jenayah liwat dan hukum qadhaf yang dianjurkan pelbagai pihak untuk menambahkan pengetahuan mengenai kedua-duanya, akhirnya akan menjadikan masyarakat lebih berilmu dan bersedia jika hukum Islam dilaksanakan kelak.
Sekali lagi, saya hanya mengutarakan pandangan berdasarkan pemerhatian sahaja.

2 maklum balas:

Seri Bahasa said...

isu yang kadang penuh kontroversi...melibatkan masyarakat luar demi menegakkan keadilan individu...adakah sistem perundangan serta penguatkuasaan hanya bayang2 di malaysia...

Hisyam Muhibah said...

Seri bahasa - kita doakan yang terbaik untuk Malaysia

Post a Comment

Powered by Blogger.