11 January, 2012

Pahang Mulai Warna Warni Politik 2012


Umum sudah maklum bahawa dua orang veteran UMNO sudah menyertai parti DAP. Salam seorang daripadanya ialah Dato' Mohd. Ariff Sabri. Beliau merupakan bekas ADUN Pulau Manis di dalam Parlimen Pekan yang berkhidmat sebagai wakil rakyat sekitar 2004-2008. Semasa PRU12 beliau tidak dipilih semula sebagai calon. 

Hal ini menjadi 'event' penting dalam politik negeri Pahang sebagai pembuka tirai 2012.

Selepas tidak lagi bergelar wakil rakyat, beliau aktif menulis di blognya yang hampir kesemua kandungannya adalah sangat kritis kepada parti yang disertainya - UMNO. Adakah kerana benar-benar ikhlas mengutarakan pandangan demi kebaikan parti atau atas kekecewaan tidak dipilih semula sebagai calon - hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Pemerhatian peribadi saya seperti berikut :
  1. Rasa kekecewaan kerana tidak dipilih semula menjadi sebab beliau memilih untuk menongkah arus dengan mengutarakan pandangan-pandangan yang kritis terhadap UMNO.
  2. Parti DAP yang ketika ini seperti mendapat 'image projection' yang baharu sebagai parti yang sistematik, berdisiplin, berprinsip dan "Deliver As Promised" sudah mula mendapat perhatian orang Melayu.
  3. Untuk memanjangkan jangka hayat dunia politik, seorang ahli politik perlu memegang jawatan samada sebagai wakil rakyat ataupun sebagai pemimpin di kawasan masing-masing.
  4. Imej 'chauvanis' yang selama ini menjadi label kepada DAP sudah mula mengendur dan hampir tidak disensasikan sepanjang tahun 2011 lalu.
Namun, saya TIDAK BERSETUJU jika Dato' Mohd Ariff Sabri yang baru menyertai DAP ini akan dicalonkan untuk bertanding di Parlimen Raub, kerusi yang akan mendapat 1 undi daripada saya - atas sebab-sebab yang saya sendiri tentukan - sebagaimana yang sudah dihebah-hebahkan oleh blog-blog pro UMNO di negeri Pahang.

4 maklum balas:

Yastro said...

Huhhh...tukar parti hajat tak sampai la ni?? Pas tu masuk DAP?? Apa dah jadi dgn org melayu skg nih.....rosak binasa la negara andainya kemahuan mengatasi segala2nya...:(

Hisyam Muhibah said...

saya tak tahu sebab utama dia tukar parti, kalau ikuti tulisan2 dia, dia hormat DAP sbg parti yg berprinsip. sebab tu dia masuk DAP.

ozzy said...

yang pastinya ia lebih mudah untuk mereka perkudakan org melayu..tgk saja s'pore, mana perginya org melayu?Dulu diaorg ni pun sama masuk kg sanggup berkopiah..

Seri Bahasa said...

cukuplah kerana sebab penjajah negara melayu terpaksa berkongsi dengan orang pendatang...jangan sampai semua dihakis...anakcucu kita nanti menumpang di tanah sendiri...

Post a Comment

Powered by Blogger.