17 January, 2012

Singgah Solat 2 - Stesyen Petronas Bentong RNR

Singgah Solat 2 (SS2) di Surau Stesyen Petronas Bentong RNR, atau lebih mudah ialah Stesyen Petronas di Lebuhraya Karak menghala Bentong, 2 KM sebelum plaza tol Bentong.

SS2 dibuat pada 19/11/2011 sekitar jam 7.45 malam.

Surau di Stesyen Petronas Bentong RNR ini akan menjadi pilihan pemandu-pemandu yang menggunakan Lebuhraya Karak menuju ke Pantai Timur. Selain kemudahan surau, seperti biasa stesyen Petronas mempunyai Kedai Mesra untuk menjual makanan, minuman dan lain-lain kepada pemandu-pemandu.

Surau di sini dianggarkan boleh memuatkan seramai 13 orang jemaah dalam satu masa. Lokasinya mudah untuk dicari walaupun terletak di bahagian belakang Kedai Mesra. Tandas yang terletak bersebelahan juga memudahkan lagi pengunjung. Terdapat ruang tempat duduk yang selesa untuk menjadi tempat menunggu para pengunjung ke surau ini.

Ruang solat yang sederhana besar cukup untuk menampung jemaah yang boleh menunaikan solat secara bergilir-gilir di waktu puncak.

Dua paip air disediakan untuk berwuduk. Cumanya, pada pandangan saya tempat wuduk di dalam bilik solat adalah sesuatu yang sangat silap. Ini kerana percikan air wuduk sudah tentu akan membasahkan lantai yang berhampiran. Lebih menyedihkan apabila saf kedua terlalu dekat dengan tempat wuduk ini.

Lantai yang basah kerana percikan air wuduk jelas mengganggu keselesaan jemaah di saf kedua. Mereka menunaikan solat di atas lantas yang lembap. Keadaan ini menjadi lebih buruk pada waktu puncak apabila pengunjung silih berganti keluar masuk ke surau ini menyebabkan lantai yang lembap akan lambat untuk kering.

Untuk kemudahan pengunjung pula, pengurusan surau telah menyediakan kopiah, kain pelikat, sejadah, Al-Quran, rehal dan kalendar waktu sembahyang. Pengunjung perlu lebih bertanggungjawab pula dengan menyidai semula sejadah di tempat yang disediakan.

Ada jam waktu solat elektronik, tetapi tidak berfungsi. Jika berfungsi dengan baik, tentu lebih memberikan keselesaan kepada pengunjung.

Disediakan juga rak kasut dan bakul sampah untuk memastikan kebersihan dan keceriaan surau ini. Pengguna sepatutnya memanfaatkan kemudahan ini sebaik-baiknya.

Terima kasih diucapkan kepada pengurusan Stesyen Petronas Bentong RNR kerana menyediakan kemudahan solat yang baik. Pemandu-pemandu yang menggunakan Lebuihraya Karak diharap bolehlah singgah ke sini dan menggunakan surau yang disediakan ini.

8 maklum balas:

Echam said...

Salam rodong,
Mmg selesa surau kat Petronas ni...

akuanakpahang said...

Salam sahabat,
Semmg selesa kemudahan yang disediakan. Tahniah pada pihak Pengurusan.

Hisyam Muhibah said...

Echam - ya, walaupun kecik, selesa lah nak solat.. tapi yg lantai basah tu lah yang potong sikit..

AAP - biasanya surau macam ni mmg pengurusan jaga elok2

Nafisa81 said...

petronas yang ada lambang petronas besar kat cerun bukit tu ker??

Hisyam Muhibah said...

nafisa - ye lah kot.. tak perasan pulak logo besar tu.. keh singgoh sokmonya beloh malam..

Hayati A.G said...

slm en HM, wah segmen yg sy tunggu, singgah solat...pernah juga singgah ke situ...selesa juga..tapi tempat wudhu perempuan jauh sikit dari temapt solat, jadi takde lah masalah terpercik...:-)

Hisyam Muhibah said...

Hayati AG - jangan tersalah tempat.. kat Petronas tu ada 2 surau. satu dalam Petronas tu, satu lagi yang food court tu punya. yang saya review ni yang surau petronas punya

Hayati A.G said...

oo...rasanye betul dah yang petronas punya,sebab bila tengok pic en HM tu..:-) oh ada surau yg kat food court jugak yerk..tak perasan la plak..hu2..

mcm tpt wudhu prp tu mungkin tak mengganggu saf tpt prp..tapi kalau buka pintu surau tu, agak terbuka la, bg siapa yg tak mnutup aurat,yg tu kena ada tabir sikit tu..

masa tu kena pastikan ada org tak buka pintu luas2 je..

Post a Comment

Powered by Blogger.