16 March, 2012

Singgah Solat 3 - Surau Hotel Zenith Kuantan

Segmen Singgah Solat kita teruskan dengan SS3 di Surau Hotel Zenith Kuantan. Tentu ramai pembaca yang sudah menunaikan solat di surau ini. Saya singgah solat di sini kerana bertugas menjadi pempamer KIPSAS dalam Karnival Jom Masuk U anjuran KPT.

SS3 dibuat pada 14/1/2012 sekitar jam 6.15 petang (bermakna bukan waktu puncak).

Surau Hotel Zenith ini disediakan dalam bilik yang khusus untuk tujuan solat. Tidak seperti hotel-hotel lain yang hanya menjadikan bilik tidur hotel sebagai surau sementara jika ada program-program dijalankan di hotel mereka. Ini sudah cukup memberikan kredit yang tinggi kepada Hotel Zenith.

Lokasinya di tingkat 2 juga sangat mudah untuk dicari. Terletak berhampiran dengan lif utama serta dibantu oleh 'signage' yang jelas. Kelebihan surau hotel juga pada penghawa dinginnya yang memberikan keselesaan kepada orang ramai untuk menunaikan solat.








Ruang solat yang berkarpet sudah tentu menjamin kebersihan dan keselesaan semasa menunaikan solat. Dianggarkan 25 orang jemaah boleh menunaikan solat dalam masa yang sama. Sejadah juga disediakan secukupnya.
Disediakan juga senaskah Al-Quran dan senaskah Surah Yaasin untuk dibaca oleh jemaah selepas menunaikan solat. Elok juga ditambah lagi bilangannya.

Cermin juga disediakan walaupun ini ruang solat untuk lelaki. Boleh juga jemaah menghias diri sebelum meninggalkan surau ini.

Terompah disediakan untuk jemaah mengambil wuduk.

Rak kasut juga disediakan untuk jemaah meletakkan kasut mereka selain karpet tebal untuk jemaah mengelap kaki selepas mengambil wuduk.

Ruang wuudk yang kemas dengan dua pili air sedia menanti pengunjung surau untuk digunakan.

Secara umumnya, surau Hotel Zenith adalah dalam keadaan yang sangat memuaskan. Keselesaan semasa menunaikan solat boleh dijamin di surau ini. Cuma sedikit kekurangan yang sapat dikesan ialah ruangan wuduk yang mudah basah kerana percikan air paip yang melimpahi ruang wuduk tersebuk. Kadangkala air boleh megalir sehingga ke luar pintu surau.

Tahniah kepada pengurusan Hotel Zenith yang menyediakan kemudahan surau yang baik.

0 maklum balas:

Post a Comment

Powered by Blogger.